Friday, May 23, 2014

Yam River Seafood Oglio Olio

Saya berasa diri ni lebih ceria, gembira, senyum, tersangat suka membantu dan lain-lain yang positif. Tak seperti sebelum-sebelum ni...Hari minggu pun banyak menghabiskan masa di pejabat. Jadi dari takda buat apa-apa kat rumah ni, saya cubala memasak. Sekali sekala tolongla Mama Balqis.

Dah lama tak memasak. Kengkadang sayu juga bila Luqman dan Danial minta saya masak. Saya bukanlah pakar masakan sebenarnya. Tapi buat-buat pandai jer.

Impian saya nak buka sebuah restoran dengan nama __________ .Biarlah dirahsiakan dulu...Yang pastinya bakal menyajikan masakan Pantai Timur seperti Gulai Kawah, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Berlauk,Sambal Jantan, kuih muih antaranya Akok, Tahi Itik, Pulut Pagi, Apam, Butir Nangka. Makanan barat yang bakal disajikan pula segala jenis steak dan pasta.  

Pada Ahad lepas, saya buat Oglio Olio versi Yam River. Yang pastinya bahan asas Oglio Olio adalah bawang putih dan olive oil. Disebabkan olive saya kebetulannya dah habis, terpaksala saya guna Extra Virgin Olive Oil(1)

Bahan-bahan untuk Oglio Olio hari ni adalah :

Bahan A:  
- Angel hair pasta
- Elbow macaroni


Bahan B:
- Extra Virgin Olive Oil
- Mentega (2 sudu besar)
- Kiub ayam
- Air yang telah dimasak (150-200ml)
- Bawang Putih

Bahan C:
- Udang
- Sotong
- Lala

Bahan D:
- Lada benggala
- Lada besar
- Oregano
- Chili Course (lagi ummpphhh taruk Chili Flake)


Cara-caranya :

Rebus dan toskan Bahan A. Dalam 20-30 minit.


Basuh dan potong Bahan C dan Bahan D. Pastikan ianya dilakukan dengan penuh passion dan kasih sayang.


Tumbuk bawang putih. Kalau boleh, tak payah lumat sangat. Ada orang suka tumbuk sampai lumat. Tapi pada saya kurang kick. Kita yang buat dia kan. Jadi terpulang pada citarasa masing-masing.


Panaskan mentega. Tumis bawang putih tadi. Dalam seminit jer. Lepas tu baru masukkan Bahan C. Kacau bagi sebati dalam 1/2 minit.


Masukkan air. Besarkan api, tunggu dalam 1/2 minit baru masukkan kiub. Kalau boleh hancurkan dulu kiub tu. Kot pandai mu la nok peracur lagu mano..opppssss... ;-) 
kalau saya tersendawa memang macam ni. Terkeluar bahasa ibunda. Masa menaip ni pun sama.
Kacau bagi sebati. Tak lama, dalam 15 saat jer.


Dengan pantas, kecilkan api. Masukkan pula Bahan A. Taburkan chilli course, oregano.


 Jangan lupa masukkan lada benggala dan chili besar. Gaulkan hingga sebati.
Tutup api. Biarkan dalam 5 minit barula tuang Extra Virgin Olive Oil. Gaulkan hingga sebati.


Hhmmm...Amacam? Rasanya tak sampai setengah jam dari penyediaan bahan-bahan dan memasak.


(1) Bubuh Extra Virgin Olive Oil diakhir masakan agar khasiatnya tak hilang. Seeloknya guna Olive Oil untuk gantikan mentega tadi. 

(2) Lagi menarik tambah buah zaitun dan juga daun parsley. Lagi meriah. Adakalanya saya letak lobak dan juga tomato. Ialah, bukan saya jer nak makan. Anak-anak saya kebanyakannya suka lobak dan tomato.