Thursday, January 29, 2015

Jeruk Pak Ali Terbaek!!!

Assalamualaikum W.B.T.

Dah lama rasanya tak update blog. Maklumla sejak dari Jun 2014 lagi, kesibukan tahap gaban membadai diri hamba. Dari hari biasa hinggalah ke hari minggu. Kesian gak kat anak-anak. Abu Hana Luqman ni tak sempat nak bagi masa. Kena cuti barulah sempat nak meluangkan masa. Alhamdulillah sempat gak balik kampung cuti sekolah baru ni walaupun sekejap. Tu pun dekat hujung-hujung dah.


Seronok sangat tu takde lah. Sebabnya masa tu tak boleh balik ke Kelantan. Tempoh berjaga-jaga. Banjir dah melanda Gua Musang. Jadi kami balikla ke kampung Ummi Hana Luqman yang terletak di Utara tanah air.

Kami tak keluar jalan mana-manapun, melainkan kami sempat singgah beli jeruk di Muzium Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Pulau Pinang. 


Sebelah muzium, ada kilang yang buat jeruk ni..Tapi kami tak masukla jenguk kilang tu.


Tak tunggu lama, Ummi Hana Luqman masukla memborong. Jangan sakan sangat sudah. Sikit-sikit udah.



Nak masuk pilih, cukupla mama yang uruskan. Bawak Abang Long masuk pun ok. Dia pun dah pandai memilih. Abahnya tinggal main dengan Abang Ngah, Kak Chit dan Ucu. Buai pun conquer satu sorang.


Untuk makluman, muzium ni dibuka setiap hari termasuk cuti umum. Jadi, kepada yang cuti panjang hujung minggu ni, bersambung plak sampai hari Selasa depan, bolehla singgah (kalau balik ke utarala Penang/Kedah). Tak jauh pun dari Exit Tol Bukit Tambun. Dalam 15-20 minit jer. Lebih kurang 7km.

Keluar jer pintu tol tu, kat traffic light pertama belok kiri. Pastu pandu lurus sampai jumpa simpang empat (tengok peta bawah ni). Ambil kiri dan jumpa lagi traffic light, belok kanan dan terus jer. Boleh juga kalau nak ikut sign "Muzium Jeruk Madu Pak Ali" yang berwarna kuning yang diletakkan di sepanjang jalan, terutamanya di simpang-simpang, sehinggalah sampai ke kilang.





KEISTIMEWAAN JERUK MADU PAK ALI


Sebelum ni, setiap kali balik Penang, memang tak pernah miss beli jeruk ni. Bukan untuk makan sendiri jer. Tapi kepada kengkawan opis yang kirim. Tau jer balik penang kirim jeruk. Kalau balik Kelantan, kirim Sambal Daging ataupun yang selalu orang panggil sebagai serunding, takpun keropok segera.

Apa yang bestnya Jeruk Madu Pak Ali ni. Terletak kepada namanyakah atau pada Madunya? hahaha..

Ikut selera hamba yang memang mengidap athma ni, nilah jeruk yang hamba boleh melantak giler-giler. Nak minum air jeruk tu pun takda masalah. Tak macam jeruk yang hamba makan sebelum-sebelum ni. Sedap tu sedapla, tapi sedap disertai dengan bisa air jeruk tu yang buat hamba surrender. Takleh makan banyak-banyak.

Jeruk ni sedapnya bila buah yang dijerukkan tu cukup rangup. Kalau tak rangup, memang tak bestlah.


Hmmm...Adik a.k.a Ucu pose sambil pegang kalendar percuma dari pihak muzium. Selain jeruk, muzium ni ada juga menjual barangan-barangan atau makanan-makanan hasil produk IKS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi talian seperti yang tertera di bawah.



Boleh gak kalau nak jenguk blog dia -> Jeruk Madu Pak Ali


** maafla, tak sempat nak ambil gambar dalam Muzium.




Thanks for reading...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut berkaitan SHAKLEE.

KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.





Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.





No comments:

Post a Comment