Sunday, October 12, 2014

MLM..MLM..MLM...KENAPA PERLU BERHENTI BUAT?

Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca sekalian.

Sejak minyak RON95 naik ni, ramai yang dah mengeluh, tapi ramai juga yang buat derk jer..
Tapi takpelah mereka buat derk jer, sebab mereka mungkin orang kaya yang tidak terasa sangat dengan kenaikan harga minyak di Malaysia ni walaupun harga minyak dunia tak naik kan.

Mungkin juga mereka tidak terasa beban kenaikan harga barang yang bakal naik, tarif elektrik yang bakal naik (elektrik pun pakai minyak sebagai sumber penjanaan tenaga) dan juga GST yang bakal dilaksanakan April 2015.

Yang merungut dan terasa beban kenaikan minyak, barang dan seumpama dengannya mula mencari alternatif samada :
1) Kekalkan perbelanjaan isi rumah macam biasa
2) Mencari sumber pendapatan kedua. Contoh : memulakan perniagaan, main saham, forex dan sebagainya. 
3) Mengurangkan perbelanjaan. Contoh : Mula menaiki perkhidmatan awam ke tempat kerja atau lebih jimat lagi mula menaiki basikal, skate board, roller blade dan seumpama dengannya.

Bagi hamba, elokla kita mulakan perniagaan walaupun dengan kecil-kecilan, dengan modal yang kecil, insyaAllah ianya berbaloi. Jutawan Internet - Ammar Zahar pun berhutang ketika memulakan bisnes dia klik sini.

Hamba kepingin menjadi seperti Ammar Zahar, Maria Firdaus dan juga jutawan-jutawan muda yang lain. Dengan memulakan perniagaan dengan modal yang kecil masih  dapat pulangan yang lumayan hanya dengan menggunakan platform online seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. Yang penting, orang-orang seperti mereka ini mempunyai hati yang CEKAL dan KUAT. Itulah MODAL yang paling penting dalam memulakan sesuatu bisnes.



Hamba telah pun berjaya memulakan bisnes dengan modal kecil dengan menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, di bawah naungan Empayar Maria Firdaus. Yang bestnya  bisnes ni, 90% darinya adalah melalui online. Itulah yang hamba praktikkan dan cuba meningkatkan lagi keupayaan dalam bisnes online ni kerana cabaran senantiasa menanti di hadapan..



BERHENTILAH BUAT BISNES MLM KALAU NAK

1) Duit Mudah dan Senang
Jualan hanya dengan FB jer? Boleh sangat-sangat bila kita tau cara yang paling efektif untuk memaksimumkan keuntungan dengan FB. Sekarang FB dah tak macam dulu. Semakin kecil peratusan orang @ rakan FB yang boleh melihat iklan kita. Dalam Group Maria Firdaus, hamba dididik dengan mengamalkan konsep ‘sharing’ atau berkongsi. Kongsi segala apa masalah, kenyataan baik/buruk sesuatu perkara. Lebih baik lagi sertakan solusi. Bukan sekadar tekan butang SHARE.

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


2) Cepat Kaya
Bukanlah Shaklee tempatnya bila mula jer bisnes pada hari ini, bulan depan dah nak bonus ribu-ribu. Ini bukan SKIM CEPAT KAYA!! Boleh cuba dalam MLM lain, atau  masuk jer skim cepat kaya.



3) Nak Kaya Sorang-Sorang
Dalam Shaklee, WAJIB kaya dan berjaya dengan membawa anak, cucu, cicit, piut Shaklee untuk bersama-sama kaya dan berjaya.

Janganlah menjadi kaya dengan menindas orang lain. Selalunya akan jatuh bila tidak mahu membantu orang lain untuk jadi kaya dan berjaya sepertinya. Nak kaya sorang-sorangla katakan,

Contoh terbaik adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau tidak menjual bisnes beliau kerana memikirkan nasib golongan bawahan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki walaupun bisnes tersebut untungnya kecil dari bisnes-bisnes beliau yang lain. 

Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


4) Bermalas-malasan
Ini bukan sistem Piramid. Cari 4-5 orang bawahan, pastu goyang kaki. Tak payah buat apa dah. Sebab kita kat atas ni semakin kaya. hahaha...

Mujurla dalam Shaklee tiada istilah ‘orang bawah punya kerja, orang atas makin kaya’. Orang kat bawah bila-bila masa jer boleh potong orang atas bila dia tidak bermalas-malasan.

Walaupun dah pegang title Master Coordinator sekalipun, tetap tak boleh goyang kaki. Setiap level pasti ada cabaran tersendiri. Malah ramai Master Coordinator dalam Shaklee adalah ‘orang bawah’ manakala orang di atasnya masih jauh lagi untuk ke tahap Master (ada yang langsung tiada rank).



5) Bermalasan dalam mencari ilmu
Dalam Empayar Maria Firdaus, kami digalakkan untuk mengkaji dan menimba sebanyak mungkin ilmu. Samada ilmu dunia maupun akhirat. Setiap hari, pasti ada ilmu yang baru diperolehi (Ilmu produk, pemasaran, teknologi dan lain-lain)

Tapi kalau  dah malas mengkaji, malah malas pula mengaji (loghat Kelate bermasksud belajar) maka sampai bila-bila pun takkan faham. Ke laut sudahnya.

Nak sampaikan kepada orang lain, kita sendiri kenalah faham dulu. Kalau tak faham, kena kaji dan ngaji sampai faham.





6) Buat banyak BISNES
Boleh buat banyak bisnes dalam satu-satu masa, tetapi sebagai permulaan FOKUS kepada satu bisnes dahulu sehingga stabil dan menguntungkan. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya mempelbagaikan bisnes beliau setelah bisnes pertama beliau berjaya.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sehingga kini, bisnes pertama beliau masih lagi beroperasi. Tapi kita bila rasa susah sikit dah nak buat benda lain pulak, Bila syarikat MLM lain ada pelan menarikla katakan, terus lompat. Memang lompat-lompat tak salah sebab belum sesuai dengan kita. Tapi sebelum lompat tu, dah buat betul-betul ke belum?


7) Putus Asa
Setiap bisnes samada kecil atau besar tetap akan menghadapi masalah, cabaran dan karenah tersendiri. Salah satunya, cara kita menghadapi masalah tersebut. Samada berputus asa dahulu atau bagaimana cara kita menghadapi setiap cabaran di dalam bisnes tersebut.

Itulah antara sebab mengapa kita perlu berhenti berbisnes MLM. Cuma apa yang hamba nak kongsikan lagi di sini, kita cubala guna konsep duplikasi. Jadikan orang yang berjaya tadi sebagai MENTOR dan TIRU apa yang mereka buat.

Cuba ambil pengajaran daripada apa yang telah ditempuhi oleh MENTOR kita. Macam kita belajar dari ayah dan atok kitala. Pengalaman hidup contohnya. Perhatikan apa yang mereka buat. Dengarlah bebelan/leteran mereka dan cubalah bertanya agar tidak sesat jalan. Moga apa yang diwarisi dapat diturunkan pula kepada anak cucu kita. Allahumma Amin...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.