Monday, June 23, 2014

BOSS, SAYA NAK TUKAR 'DEPARTMENT'...



ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEKALIAN...

6 Mei 2014, genap setahun hamba bertukar jabatan. Diakui cukup sukar untuk hamba meminta ditukarkan jabatan. Bermacam-macam rintangan yang terpaksa hamba lalui hanya kerna inginkan sesuatu yang terbaik buat diri dan kerjaya. Syukur Alhamdulillah kerna Allah memakbulkan doa hamba-Nya.

Selama setahun ini, ramai juga dikalangan teman sejabatan mencuba nasib untuk bertukar ke jabatan lain. Namun hasilnya amat mengecewakan. Sampai ada yang menyerahkan surat perletakan jawatan. Mungkin rezeki mereka bukan disitu. Ianya tertulis di tempat lain.

Ingin hamba kongsikan di sini apa yang hamba lakukan sehingga berjaya melakukannya walaupun pada mulanya nampak mustahil.

Langkah pertama - Setiap tahun, pihak syarikat akan mengadakan 'appraisal'. Seperti biasa kami akan isikan KPI dan objektif untuk tahun tersebut dan tahun akan datang.




Dalam pada itu, hamba tidak lupa juga isi di bahagian pembangunan dan kerjaya di masa depan. Di situ, hamba isikan jabatan dan bidang yang hamba ingin ceburi dan terokai.

Langkah kedua - Semasa di akhir sujud solat 5 waktu, berdoalah dan mintalah kepada Allah perkenankan hajat kita. Jika solat berjemaah, pastikan tidak sujud terlalu lama.






Langkah ketiga - Dirikan solat sunat Istikharah sebelum masuk tidur pada setiap malam. Minta Allah tunjukkan jalan dan cara terbaik buat kita.



Langkah keempat - Lakukan solat sunat Taubat semampu mungkin. Kalau boleh lakukan pada setiap malam. Diikuti pula dengan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Hajat.





Nampak sukar untuk dilaksanakan. Tapi percayalah keajaiban solat sunat Taubat dan Tahajjud. Pada masa itu mintalah bersungguh-sungguh di hadapan-Nya. 

Langkah kelima - Bersedekah. Sedekahkanlah harta yang kita ada walaupun RM1 sehari. Berikanlah seikhlas hati sambil berdoa, 'Ya Allah, Permudahkanlah bagiku dalam urusan bla...bla...bla...dan Engkau cukupkanlah rezekiku'.



Kalau ada orang meminta sedekah dan anda curiga terhadap peminta sedekah tersebut (tak tau samada dia betul-betul susah atau sebaliknya), maka hamba sarankan bagi jer sedekah anda kat dia. 

Kalau dia menipu sekalipun, ianya urusan dia dengan Allah.
Sekurang-kurangnya, urusan kita dengan Allah dianggap selesai.

Langkah keenam - Perbanyakkan istighfar. Sekurang-kurangnya 100x sehari. Ianya akan dapat melapangkan kesempitan, memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka, membersihkan hati, bertambah kesejahteraan  dan lain-lain lagi.


Langkah ketujuh - Dirikan solat Dhuha. Cantik lagi bila buat 4 rakaat. Bila selesai, bacalah doa seperti yang tertera di bawah.


Langkah kelapan - semasa berjumpa dengan boss untuk membincangkan hal ini, susun fakta-fakta yang perlu dikemukakan nanti. 

Bayangkan kita berada di depan boss, istighfar, baca selawat 10x, surah Al-Fatihah 1x, surah Al-Ikhlas 3x. 

Bacalah doa agar diberi kelancaran dan dipermudahkan semasa proses face to face dengan boss nanti.

Langkah kesembilan - Masuk ke bilik boss dengan tenang. Bayangkan proses yang bakal dilalui nanti berada dalam keadaan baik. 



Senyum dan mulakan.

Semoga berjaya ;-)


Thanks for reading...









Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.