Wednesday, September 24, 2014

LARANGAN MEMOTONG KUKU...




Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca sekelian,
Seperti yang diumumkan semalam, 1 Zulhijjah akan jatuh pada hari besok bersamaan 26 September 2014. Hamba cuma ingin kongsikan kepada pembaca sekelian, bilamana kita berniat untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun tersebut, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah, kita dilarang dari mencukur, mencabut bulu (misai, janggut, rambut) dan memotong kuku sehinggalah binatang qurban tadi telah disembelih.

Ini berdasarkan hadith Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.A bermaksud :

“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”
(HR Muslim, no. 1977)


Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita. Begitu juga dengan kuku. Kita dilarang dari memotongnya. Sebahagian ulama muktabar berpendapat, maksud larangan tersebut ialah HARAM. Manakala, sebahagian lagi berpendapat ianya MAKRUH. Pendapat Imam Abu Hanifah pula perbuatan tersebut adalah mubah iaitu tidak makruh dan tidak sunat.

Al-Imam An-Nawawi iaitu tokoh besar yang bermadzhab Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah MAKRUH. Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram. Walllahu A`lam.

Fatwa Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin tentang masalah ini :





"Apabila sepuluh hari pertama (Zulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berqurban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun"
[Hadits Riwayat Muslim]

Nas ini menegaskan bahawa yang tidak boleh memotong/mencukur rambut/bulu dan memotong kuku adalah orang yang hendak berqurban, samada qurban itu atas nama dirinya atau untuk kedua orang tuanya atau atas nama dirinya dan kedua orang tuanya. Sebab dialah yang membeli dan membayar haiwan qurban tersebut. Adapun kedua orang tua, anak-anak dan isterinya, mereka tidak dilarang memotong rambut atau kuku mereka, sekalipun mereka ikut dalam pelaksanaa qurban tersebut. Atau mereka yang secara sukarela membelikan haiwan qurban dari duitnya sendiri untuk mereka.


MACAM MANA KALAU RAMBUT/JANGGUT MISAI GUGUR KETIKA DIRAPIKAN?

Dalam hal menyikat/merapikan rambut, samada perempuan ataupun lelaki boleh melakukan perbuatan menyikat/merapikan rambut mereka sekalipun rambutnya gugur. Begitu juga dengan misai dan janggut.

Secara ringkasnya macam nilah. Pada mereka yang telah berniat pada pertengahan 10 hari pertama untuk berqurban, maka dia tidak boleh memotong rambut/bulu dan kukunya pada hari-hari berikutnya.

Jadi, hamba harap kita beroleh manfaat dari bulan Zulhijjah besok dan ianya penting untuk diambil perhatian. Maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan memotong kuku.

Setiap larangan atau suruhan pasti ada hikmahnya. Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.

Senang jerkan nak dapat PAHALA. Tinggalkan maka dapatlah pahala. Moh kita beramal.

Wallahu A`lam.



Sumber :
http://www.abuanasmadani.com/kelebihan-sepuluh-hari-awal-bulan-zulhijjah/
http://sirojulinsan.wordpress.com/2009/11/17/potong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-berqurban




Thanks for reading...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut berkaitan SHAKLEE.

KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.





Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Monday, September 22, 2014

Boikot YAHUDI atau SHAKLEE?



Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca sekelian,

Dah lama rasanya hamba tidak berblog. Lama benar lenanya dibuai intan. Bila terjaga, terasa sengal satu badan. Terasa berat nak menaip bila dah lama tinggalkan. Tapi hamba gagahkan juga kerana hamba sekeluarga akan bersungguh-sungguh selagi mampu untuk memboikot barangan keluaran YAHUDI mahupun barangan syarikat yang menyumbang ke dana YAHUDI laknatullah.





 
 



Pening-pening lalat hamba dibuatnya pabila memerhatikan keratan website yang dipaparkan di atas. Setelah hamba layari laman web Jewish United Fund, baru hamba sedar yang selama ini hamba memang telah tersalah boikot.

Pada pendapat hamba yang dhaif ni, semua benda pada permulaannya hukumnya adalah HARUS, sehinggalah ada dalil yang telah menentukankannya samada ianya HARAM, MAKRUH, SUNAT dan lain-lain lagi.

Dalam isu boikot ISRAEL, boikot SHAKLEE ni, hamba telah terkhilaf setelah membaca sebuah blog yang dimana tajuk entrinya adalah kenapa saya boikot shaklee?

Dengan serba sedikit pengetahuan yang hamba ada, hamba sekeluarga telah berjaya memboikot MILO, barangan NESTLE, MCDONALS, STARBUCKS, PEPSICO (Pepsi, KFC, Pizza Hut) dan lain-lain lagi.

Tanpa melakukan kajian dan perincian lebih mendalam, hamba juga telah memboikot SHAKLEE. Di mana selama ini ayah hamba telah mengamalkan supplemen Shaklee selama lebih kurang 15 tahun untuk penyakit kencing manisnya.

Pada hamba, kebanyakan pengedar-pengedar Shaklee dari peringkat atasan sudah tentu mempertahankan penggunaan Shaklee bermati-matian. Ialah, dah jadi sumber rezeki mereka kan. Takkan deme nak diam bila ada sumber yang mengatakan Shaklee memberi sumbangan kepada negara haram YAHUDI yakni ISRAEL.

Telahan hamba salah sebenarnya. Setelah membuat kajian yang lebih mendalam lagi seperti yang dianjurkan oleh para ustaz, hamba telah mendapat jawapannya setelah membaca blog ini ==========-> http://shimalatif.com/bukti-kaitan-antara-keneseth-israel-dan-shaklee/ dan juga penjelasan dari Roger Barnett sendiri di http://www.youtube.com/watch?v=ARbfR7ALEYI.

Hamba juga telah mencari di merata laman web Yahudi jika memang benar Shaklee ada menyumbang untuk mereka seperti di laman web JUF (Jewish United Fund). Seperti yang anda lihat di atas, hamba pun terkejut bilamana TOYOTA pun antara penyumbang besar kepada YAHUDI.

Hamba telahpun membuat carian di sana dan hasilnya amat mengecewakan. Shaklee tidak tersenarai di dalam penyumbang dana kepada YAHUDI.


Seperti yang hamba nyatakan tadi, selagi mana tidak dapat dibuktikan secara jelas tentang sesuatu perkara, makanya hukum tetap menjadi HARUS dan asalnya adalah boleh.


Hamba pun tidak mahu saudara seagama kita dilanyak oleh rejim Zionis. Makanya, hamba akan terus-menerus menentang dengan keupayaan hamba di bumi Malaysia ni, samada boikot, doa dan sumbangan akan tetap hamba salurkan kepada mereka.

Juga, bilamana didapati Shaklee terbukti benar lagi sahih antara penyumbang kepada Yahudi, maka dengan serta merta, hamba akan berhenti tanpa notis dari meneruskan perniagaan ini. 

Hamba juga berharap, jangan hanya kita memboikot barangan Yahudi kerana amarah kita kepada mereka, tetapi lebih afdhal kiranya kita memboikot budaya dan tatacara kehidupan mereka yang telah lama meresap dalam jiwa kita ini. 

Pada hamba lebih elok dan lebih berkesan bilamana kita BOIKOT CARA HIDUP YAHUDI. Nak tau lebih lanjut anda boleh ke laman Boikot cara hidup Yahudi atau produk Yahudi, mana lebih UTAMA?

Wallahua'lam.


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.