Saturday, May 24, 2014

ALHAMDULILLAH...BATUK ABAH DAH PULIH


Assalamualaikum W.B.T untuk anda yang senantiasa dirahmati Allah.


Saya berasa buntu dengan keadaan abah (bapa mertua saya) yang menghidap batuk yang sangat kronik. Masa abah datang ke rumah kami, setiap hari kami dengar abah batuk. Hampir setiap jam. Masa tidur malam pun abah akan terjaga untuk melepaskan batuknya yang menjadi-jadi. Dah lebih 6 bulan dia menderita. Kalau tidak silap sejak balik dari umrah tahun lepas lagi. 


Dah banyak kali berjumpa pakar di Hospital Besar Kota Bharu. Akhirnya, doktor yang merawat abah merumuskan, ianya bukanlah batuk Tibi seperti yang abah hidap 3 tahun lalu. Ianya batuk biasa, tapi menjadi-jadi sebab abah adalah penghidap kencing manis, disamping juga abah pernah menghidap tuberculosis(Tibi).

Macam-macam ubat abah dah makan. Pelbagai supplement telah abah cuba. Madu, air limau pun telah abah cuba. Tapi batuk masih tak berkurangan. Tidur pun terpaksa dalam keadaan duduk, kerana dengan cara begitu baru abah dapat tidur walaupun kurang lena, kerana batuknya bila-bila sahaja akan kembali. 

Kami tak akan dengar lagi batuk abah bila abah kembali ke rumahnya. Sebagai menantu, seringkali saya minta suami carikan jalan. Sehinggalah dia belikan abah VIVIX dari Shaklee baru-baru ni. 







Untuk pengetahuan semua, abah memang pengguna tegar set kencing manis Shaklee. Dah berbelas tahun dia makan set tersebut. Alhamdulillah, dia berjaya kawal kencing manisnya. Walaupun dia berjaya mengawalnya, ianya tetap memberi kesan teruk kepada batuk yang dihidapinya sekarang.




Hanya doa kami anak-beranak, mama dan saudara-mara dipanjatkan kepada Allah. Dengan harapan agar Dia menunjukkan yang Dialah Maha Penyembuh. Alhamdulillah, selepas habis satu botol, penyakit batuk abah sudah menunjukkan perubahan.




Sebagai anak, kami gembira kerana abah sudah menunjukkan perubahan positif. Apa yang suami minta abah lakukan hanya elakkan makan makanan berminyak dan minum air kosong banyak-banyak. Sekarang abah dah masuk botol kedua hasil sponsor dari anak keduanya pula. Semua anak berebut-rebut nak berbakti. 

Beginilah yang sepatutnya kita lakukan. Ketika kecil, ibu bapa telah bertungkus lumus untuk menjaga kita dari sakit demam dan bermacam-macam penyakit lagi. Ada yang sanggup bergolok gadai agar kita sihat. Ada yang sanggup mencari dana ke sana ke mari agar kita dapat menjalani kehidupan normal.

Masa inilah kita perlu membalas budi mereka. Mereka takkan meminta. Tapi sebagai anak, faham-fahamla. 

Akhir kalam, kami doakan agar abah, Mohamed Hassan @ Nik Hassan Bin Nik Leh @ Nik Salleh cepat sembuh. Kami juga berharap agar anda yang membaca nukilan ini turut mendoakan sama. Moga Allah membalas jasa baik kalian.

Wassalam.

Balqis Harun





Hubungi Partner saya untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Friday, May 23, 2014

BISNES ONLINE YANG PATUT ANDA CEBURI

Assalamualaikum W.B.T,

Seperti yang anda tahu, saya dan isteri menjalankan Bisnes Shaklee bermula bulan March 2014. Alhamdulillah, syukur kepada Allah selepas kami menjalankan bisnes ini selama 2 bulan, kami melihat masih ramai yang perlu dibantu.

Kami buat sendiri dari rumah secara part-time. Tak perlu ada pekerja dan kedai. Tak perlu ketuk pintu dari rumah ke rumah. Yang bestnya dapat bantu orang sekeliling dari segi perkongsian produk kesihatan, perkongsian kesihatan dan lain-lain lagi.

Memandangkan kami masih baru, dan banyak lagi yang perlu kami lakukan untuk membantu orang di sekeliling kami, samada orang yang kami kenal atau tidak. Kerana di dalam bisnes online ni tiada sempadan yang dihadkan. Setakat ni, bukan hanya kenalan, sahabat handai, mahupun keluarga atau waris yang consume barangan Shaklee, orang yang kami tak kenal pun ada order barang dengan kami. 

Kami tahu, kami masih baru dan berada di fasa permulaan. Banyak lagi yang kena kami belajar. Mujurla di dalam group ni, rakan-rakan Shaklee kami dan juga ibu bapa Shaklee kami banyak memberi tunjuk ajar. Mesti letih kan, lepas balik kerja kena pergi perjumpaan bisnes pulak. Malangnya, group kami tidak melakukan perjumpaan tersebut. Tidak pada malam hari bekerja dan tidak juga pada setiap minggu.

Di dalam group ini, kami dijemput ke dalam satu group rahsia samada dalam Facebook, Whatsapp, Telegram dan lain-lain aplikasi android mahupun i phone. Jadi tiada lagi perjumpaan macam group MLM lain, yang terpaksa berjumpa di kedai-kedai mamak, restoran, cafe dan juga di pusat MLM itu sendiri. (Macam ada pengalaman masuk MLM jer sebelum ni.) Semuanya di hujung jari. Kalau tak sempat online, boleh scroll up untuk tengok apa yang dibincangkan.


Dalam group Maria Firdaus's Millionaire in Shaklee (Secret Group Dalam Facebook), kami selalu diberikan tips-tips bisnes. Mentor-mentor kami sentiasa bagi kata-kata peransang dan semangat. Mereka mahu melihat lebih ramai yang berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Begitu juga dengan kami. Bak kata DAO, " Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu tolong orang lain untuk menjadi kaya. Bila mereka dah kaya, anda tiada pilihan lain melainkan terpaksa jadi kaya".


Untuk pengetahuan anda, ibu bapa Shaklee kami sangat komited untuk membantu anak buah mereka belajar buat bisnes Shaklee dengan cara yang betul dan sangat mudah. Dalam Bisnes Shaklee ini, kita buat secara berjamaah. Every step is guided. Insya Allah, tolong menolong untuk sama sama berjaya. Sebab tu kita disuruh solat berjamaah dari solat bersendirian. Fikir-fikirkan kelebihan berjamaah.


Dalam group ini juga, selalu ada perbincangan. Mereka yang bermasalah dalam bisnes mereka boleh bertanya terus soalan kepada orang lain. Kami semua bergerak dalam satu kumpulan yang besar dan saling tolong menolong antara satu sama lain.



Tugas mereka di dalam group ini adalah untuk membantu kami untuk berjaya. Kami bersyukur kerana mentor kami sentiasa menyusun strategi untuk semua anak-anak buah berjaya dalam Bisnes Shaklee ini.

Kami apply apa yang mentor ajarkan kepada kami kerana kami tahu 
Mentor dah tempuh jalan yang berliku untuk berjaya. Yang dikongsikan kepada kami adalah hanya jalan short cut. Dan kami akan duplicate pula kepada anak-anak buah kami. 



SALAH SANGKA

Persoalan yang sering bermain diminda kami sebelum menyertai group ini.

"Buat bisnes ni nak kena cari downline erk?" 

"Buat bisnes ni nak kena jaja produk pergi rumah ke rumah tak?" 

Inilah salah faham kami mengenai Shaklee pada mulanya. Kami ingat bila buat bisnes Shaklee nak kena cari downline ramai-ramai. Nak kena menjaja bagai. 

Rupa-rupanyanya bukan macam tu. Sebenarnya, bila kita buat bisnes dengan cara yang betul. 
Tak perlu cari downline pun. Kita tak perlu menjaja pun. Yang pelik bin ajaibnya, orang akan cari untuk jadi downline kita. Orang akan cari untuk membeli barangan kita. Macam mana, best tak?

Haaa..Inilah rahsia kehebatan dan keunggulan buat bisnes dalam group ini. 

Rezeki mula datang mencurah-curah selepas kami tahu teknik update blog dan teknik menulis posting di Facebook dengan betul dan cara untuk orang tahu yang kita buat bisnes Shaklee. 
Bisnes kami mula huru hara selepas kami mengamalkan teknik yang betul dalam perniagaan online.


Kami mula faham dengan teknik yang mereka gunakan. Selepas itu, kami berkongsi dengan mereka yang ingin berjaya dalam bisnes ini.

Antara rahsia teknik yang mereka ajarkan adalah teknik jemput-jemput. Kita tak perlu buat 'sale' tapi orang datang mencari kita. Kita tak perlu ajak orang lain join group kita, tapi mereka yang mahu belajar daripada kita.



Dengan rahsia inilah rakan-rakan Shaklee kami amalkan sehingga mampu memperoleh bonus 5 angka selepas 10 bulan buat bisnes. Rahsia inilah yang mentor kami iaitu Maria dan Firdaus amalkan sehingga mampu menjadi Master Coordinator dalam masa setahun menjalankan bisnes Shaklee. 

Sehinggakan mereka yang 'berjaya' dalam Shaklee ini, semuanya 'terpaksa berhenti' kerja. Tiada pilihan. Bisnes dah masyuk. Dan yang bestnya, selepas mereka kongsikan rahsia-rahsia kejayaan dalam bisnes Shaklee ini. Barulah kami 'nampak' apa yang kami tak nampak sebelum ni.





Akhirnya barulah kami berani kata, "Kalau macam ni, barulah senang nak buat bisnes. Kita tak perlu menjual pun. Kalau kita guna teknik ni, orang yang datang cari kita. Bukan kita yang cari orang."

" Budak baru habis belajar pun boleh buat kalau buat teknik ni"
Sebenarnya, apa yang diajarkan ni boleh diamalkan dalam bisnes lain. Buatlah bisnes apa pun. Insya Allah akan berjaya. Yang penting kita kena faham asas dalam bisnes. Yang pentingnya tidak mudah berputus asa.

Semoga, kisah ini memberi inspirasi kepada anda semua dan tahu bahawa bisnes lebih mudah kita lakukan bila kita tahu caranya. Yang susah, kalau kita buat sendiri. Tak ada orang yang nak bantu. Tak merujuk kepada orang yang tahu, lepas tu buat-buat tahu.

Kami juga nak buktikan kepada orang ramai bahawa, bisnes online adalah bisnes yang terbaik untuk kita semua buat pada masa kini. Ini kerana, bisnes online tidak memerlukan modal permulaan yang besar. Lakukan dengan betul, Insya Allah, ia akan memberi pulangan yang tidak disangka-sangka.. 
Sekian. Wassalam.






Yam River Seafood Oglio Olio

Saya berasa diri ni lebih ceria, gembira, senyum, tersangat suka membantu dan lain-lain yang positif. Tak seperti sebelum-sebelum ni...Hari minggu pun banyak menghabiskan masa di pejabat. Jadi dari takda buat apa-apa kat rumah ni, saya cubala memasak. Sekali sekala tolongla Mama Balqis.

Dah lama tak memasak. Kengkadang sayu juga bila Luqman dan Danial minta saya masak. Saya bukanlah pakar masakan sebenarnya. Tapi buat-buat pandai jer.

Impian saya nak buka sebuah restoran dengan nama __________ .Biarlah dirahsiakan dulu...Yang pastinya bakal menyajikan masakan Pantai Timur seperti Gulai Kawah, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Berlauk,Sambal Jantan, kuih muih antaranya Akok, Tahi Itik, Pulut Pagi, Apam, Butir Nangka. Makanan barat yang bakal disajikan pula segala jenis steak dan pasta.  

Pada Ahad lepas, saya buat Oglio Olio versi Yam River. Yang pastinya bahan asas Oglio Olio adalah bawang putih dan olive oil. Disebabkan olive saya kebetulannya dah habis, terpaksala saya guna Extra Virgin Olive Oil(1)

Bahan-bahan untuk Oglio Olio hari ni adalah :

Bahan A:  
- Angel hair pasta
- Elbow macaroni


Bahan B:
- Extra Virgin Olive Oil
- Mentega (2 sudu besar)
- Kiub ayam
- Air yang telah dimasak (150-200ml)
- Bawang Putih

Bahan C:
- Udang
- Sotong
- Lala

Bahan D:
- Lada benggala
- Lada besar
- Oregano
- Chili Course (lagi ummpphhh taruk Chili Flake)


Cara-caranya :

Rebus dan toskan Bahan A. Dalam 20-30 minit.


Basuh dan potong Bahan C dan Bahan D. Pastikan ianya dilakukan dengan penuh passion dan kasih sayang.


Tumbuk bawang putih. Kalau boleh, tak payah lumat sangat. Ada orang suka tumbuk sampai lumat. Tapi pada saya kurang kick. Kita yang buat dia kan. Jadi terpulang pada citarasa masing-masing.


Panaskan mentega. Tumis bawang putih tadi. Dalam seminit jer. Lepas tu baru masukkan Bahan C. Kacau bagi sebati dalam 1/2 minit.


Masukkan air. Besarkan api, tunggu dalam 1/2 minit baru masukkan kiub. Kalau boleh hancurkan dulu kiub tu. Kot pandai mu la nok peracur lagu mano..opppssss... ;-) 
kalau saya tersendawa memang macam ni. Terkeluar bahasa ibunda. Masa menaip ni pun sama.
Kacau bagi sebati. Tak lama, dalam 15 saat jer.


Dengan pantas, kecilkan api. Masukkan pula Bahan A. Taburkan chilli course, oregano.


 Jangan lupa masukkan lada benggala dan chili besar. Gaulkan hingga sebati.
Tutup api. Biarkan dalam 5 minit barula tuang Extra Virgin Olive Oil. Gaulkan hingga sebati.


Hhmmm...Amacam? Rasanya tak sampai setengah jam dari penyediaan bahan-bahan dan memasak.


(1) Bubuh Extra Virgin Olive Oil diakhir masakan agar khasiatnya tak hilang. Seeloknya guna Olive Oil untuk gantikan mentega tadi. 

(2) Lagi menarik tambah buah zaitun dan juga daun parsley. Lagi meriah. Adakalanya saya letak lobak dan juga tomato. Ialah, bukan saya jer nak makan. Anak-anak saya kebanyakannya suka lobak dan tomato.