Saturday, May 24, 2014

ALHAMDULILLAH...BATUK ABAH DAH PULIH


Assalamualaikum W.B.T untuk anda yang senantiasa dirahmati Allah.


Saya berasa buntu dengan keadaan abah (bapa mertua saya) yang menghidap batuk yang sangat kronik. Masa abah datang ke rumah kami, setiap hari kami dengar abah batuk. Hampir setiap jam. Masa tidur malam pun abah akan terjaga untuk melepaskan batuknya yang menjadi-jadi. Dah lebih 6 bulan dia menderita. Kalau tidak silap sejak balik dari umrah tahun lepas lagi. 


Dah banyak kali berjumpa pakar di Hospital Besar Kota Bharu. Akhirnya, doktor yang merawat abah merumuskan, ianya bukanlah batuk Tibi seperti yang abah hidap 3 tahun lalu. Ianya batuk biasa, tapi menjadi-jadi sebab abah adalah penghidap kencing manis, disamping juga abah pernah menghidap tuberculosis(Tibi).

Macam-macam ubat abah dah makan. Pelbagai supplement telah abah cuba. Madu, air limau pun telah abah cuba. Tapi batuk masih tak berkurangan. Tidur pun terpaksa dalam keadaan duduk, kerana dengan cara begitu baru abah dapat tidur walaupun kurang lena, kerana batuknya bila-bila sahaja akan kembali. 

Kami tak akan dengar lagi batuk abah bila abah kembali ke rumahnya. Sebagai menantu, seringkali saya minta suami carikan jalan. Sehinggalah dia belikan abah VIVIX dari Shaklee baru-baru ni. 







Untuk pengetahuan semua, abah memang pengguna tegar set kencing manis Shaklee. Dah berbelas tahun dia makan set tersebut. Alhamdulillah, dia berjaya kawal kencing manisnya. Walaupun dia berjaya mengawalnya, ianya tetap memberi kesan teruk kepada batuk yang dihidapinya sekarang.




Hanya doa kami anak-beranak, mama dan saudara-mara dipanjatkan kepada Allah. Dengan harapan agar Dia menunjukkan yang Dialah Maha Penyembuh. Alhamdulillah, selepas habis satu botol, penyakit batuk abah sudah menunjukkan perubahan.




Sebagai anak, kami gembira kerana abah sudah menunjukkan perubahan positif. Apa yang suami minta abah lakukan hanya elakkan makan makanan berminyak dan minum air kosong banyak-banyak. Sekarang abah dah masuk botol kedua hasil sponsor dari anak keduanya pula. Semua anak berebut-rebut nak berbakti. 

Beginilah yang sepatutnya kita lakukan. Ketika kecil, ibu bapa telah bertungkus lumus untuk menjaga kita dari sakit demam dan bermacam-macam penyakit lagi. Ada yang sanggup bergolok gadai agar kita sihat. Ada yang sanggup mencari dana ke sana ke mari agar kita dapat menjalani kehidupan normal.

Masa inilah kita perlu membalas budi mereka. Mereka takkan meminta. Tapi sebagai anak, faham-fahamla. 

Akhir kalam, kami doakan agar abah, Mohamed Hassan @ Nik Hassan Bin Nik Leh @ Nik Salleh cepat sembuh. Kami juga berharap agar anda yang membaca nukilan ini turut mendoakan sama. Moga Allah membalas jasa baik kalian.

Wassalam.

Balqis Harun





Hubungi Partner saya untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

No comments:

Post a Comment