Friday, April 25, 2014

JOM BANGKIT BERNIAGA

Assalamualaikum,

Tau tak, sejak saya mula join bisnes SHAKLEE dan baru jer menjinakkan kaki ke program Dr. Azizan Osman, saya selalu bangkitkan kawan-kawan saya untuk berniaga sama. Tak kiralah berniaga apa pun, janji BERNIAGA! 
Berikut adalah ayat dan soalan yang selalu saya terima.....
  • Orang berniaga sendiri menggalakkan orang lain turut sama berniaga, macam mana tu?   Tak ke ramai peniaga nanti. Kedaai banyak, orang takde.
  • Kalau dah semua orang berniaga, saper nak jadi pembeli?
  • Siapa yang akan bekerja makan gaji sebab semua orang berniaga dan jadi boss? 
  • Yang perempuan belajar tinggi-tinggi, last-last berhenti kerja berniaga, rugi je degree master PHD tu
  • Dah ramai sangat lah yang buat bisnes ni, melambak-lambak, susah kalau semua orang buat benda yang sama

Saya yakin distributor SHAKLEE yang lain pun tidak terlepas daripada persoalan itu. Tambah-tambah yang NEWBIE macam saya ni. Apa akan jadi kalau semua distributor SHAKLEE SID menjadi MASTER SHAKLEE. Mampu ke SHAKLEE  nak bayar tiap-tiap MASTER ni 5-7 angka sebulan?

 "Jika seluruh dunia berniaga, adakah pelanggan akan berkurang?"

Jawapannya  semestinya TIDAK!! Jika seluruh dunia ini berniaga sekalipun, masih tetap ada orang yang akan membeli daripada kita!!!

Tak percaya takpe, buat jer. Saya pernah pergi ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Deretan kedai menjual benda yang hampir sama. Barang-barang elektrik, gadjet-gadjet, hardware. Ramai jer orang beli saya tengok. Di Masjid India, deretan kedai jual kain. Deretan kedai jual emas india. Ada customer x?

Kini saya bekerja di sebuah syarikat O&G. Dah tentu boss saya seorang Businessman. Sistem? Dah tentu sistem piramid. Gaji saya takkan lebih dari Senior saya. Gaji Engineer takkan lebih dari Lead Engineer. Gaji Manager takkan lebih dari gaji Senior Manager. Gaji Senior Manager takkan lebih dari gaji Vice Presiden.



Orang yang miskin minda je yang akan nampak segalanya sempit, segalanya perlu bersaing dan segalanya perlu berebut. 

Contoh mudah...

  • Berapa ramai peniaga restoran yang pergi makan di restoran orang lain? Mencuba masakan yang lain? Antara yang saya selalu nampak ialah Tokey Gerai The Red Warrior bersebelahan Giant Batu Caves 



bersarapan dekat Restoran Tuu Dok Ko...1488



jarak kedua-dua kedai ni dalam 100 meter jer.


  • Berapa ramai pulak SHAKLEE distributor yang membeli daripada penjual supplement yang lain? Cth: Cuka Arab, Habbatus Sauda, Madu  dll.
  • Berapa ramai pulak pemilik bengkel motosikal/kereta menghantar motosikal/keretanya ke bengkel motosikal/kereta orang lain?

Nampak tak? Sebab Allah cipta kita ni dengan kepelbagaian. Dengan potensi dan minat yang berbeza-beza. Tak ada seorang pun manusia hebat kat dunia ni yang tak perlukan barangan atau perkhidmatan hasil daripada orang lain.

Sehebat-hebat billionaire seperti Bill Gates, Carlos Slim Helu,  Armancio Ortega, Warren Buffet, Larry Ellison, T Ananda Krishnan, Tan Sri Quek Leng Chan pun masih perlu makan di restoran milik orang lain.

Tak perlu risau sebenarnya. Ikutkan logik, tak kan semua orang akan pilih untuk berniaga dan meninggalkan kerja tetap. Berniaga tu bukan mudah, penuh risiko. Tapi akan ada juga orang yang akan tetap memilih untuk buat apa yang dia buat sekarang.

Dalam ramai-ramai orang yang berjuang nak jadi boss, mesti ada je yang akan pilih untuk jadi pekerja kan? Ramai yang pilih untuk makan gaji. Sebab masih ramai yang memilih untuk hidup dalam zon "selesa".  Nampak jelas kan. Lebih-lebih lagi kalau  peniaga Muslim yang berjaya di Malaysia, boleh kira dengan jari. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari misalnya.

Cuma semenjak dua menjak ni, semakin galak muda mudi yang nak berniaga dan berjaya dalam perniagaan masing-masing. Belum cecah umur 30 tahun, dah bergelar Jutawan Muda. Sama seperti yang dilontarkan Robert Kiyosaki "Retire Young Retire Rich".

Berbalik kepada point, setiap individu punya peranan masing-masing. Potensi dan bakat yang Allah bagi untuk kita perlu digunakan sebaiknya. Kita yang paling kenal diri kita.

  • Kalau kita engineer, jadilah engineer yang terbaik.
  • Kalau kita ahli politik, jadilah ahli politik yang terbaik.
  • Kalau kita berpotensi menjadi polis, jadilah polis yang terbaik.
  • Kalau kita berpotensi menjadi tukang kebun, jadilah tukang kebun yang menjalankan amanah sebaiknya.


    Begitu juga dengan peniaga, jadilah peniaga yang hebat. Air takkan mendidih pada kadar suhu 90 darjah celcius. Yang penting kita semua haruslah berjihad untuk menguatkan ekonomi umat Islam. Sentiasa mencari peluang untuk membantu orang lain dan selesaikan masalah mereka melalui perniagaan kita, yang boleh memberi added value kepada orang lain, yang boleh membantu orang lain dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. 



    "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan" - Mesti pernah dengar hadis ni walaupun bukan taraf Sahih. Tapi tak salah mengamalkannya.

    Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad, Al-Bazzar, Ath-Thabrani dan selainnya, dari Ibnu ‘Umar, Rafi’ bin Khudaij, Abu Burdah bin Niyar dan selainnya). Wallahu a’lam.

    Tu kata nabi...bukan kata si peniaga...Berniaga itu sunnah nabi. Nak kaya kena berniaga.

    P/s: Tak yah risau sangat lah.. sebab contoh yang saya bagi ni orang MELAYU kat PAPUA NEW GUINEA nuuu, 
    bukan kat Malaysia.
    Orang MELAYU kat Malaysia ni dah lama buang MINDA MISKIN  dan campak jauh-jauh ke tengah laut!



    No comments:

    Post a Comment