Wednesday, September 24, 2014

LARANGAN MEMOTONG KUKU...




Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca sekelian,
Seperti yang diumumkan semalam, 1 Zulhijjah akan jatuh pada hari besok bersamaan 26 September 2014. Hamba cuma ingin kongsikan kepada pembaca sekelian, bilamana kita berniat untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun tersebut, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah, kita dilarang dari mencukur, mencabut bulu (misai, janggut, rambut) dan memotong kuku sehinggalah binatang qurban tadi telah disembelih.

Ini berdasarkan hadith Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.A bermaksud :

“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”
(HR Muslim, no. 1977)


Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita. Begitu juga dengan kuku. Kita dilarang dari memotongnya. Sebahagian ulama muktabar berpendapat, maksud larangan tersebut ialah HARAM. Manakala, sebahagian lagi berpendapat ianya MAKRUH. Pendapat Imam Abu Hanifah pula perbuatan tersebut adalah mubah iaitu tidak makruh dan tidak sunat.

Al-Imam An-Nawawi iaitu tokoh besar yang bermadzhab Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah MAKRUH. Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram. Walllahu A`lam.

Fatwa Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin tentang masalah ini :





"Apabila sepuluh hari pertama (Zulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berqurban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun"
[Hadits Riwayat Muslim]

Nas ini menegaskan bahawa yang tidak boleh memotong/mencukur rambut/bulu dan memotong kuku adalah orang yang hendak berqurban, samada qurban itu atas nama dirinya atau untuk kedua orang tuanya atau atas nama dirinya dan kedua orang tuanya. Sebab dialah yang membeli dan membayar haiwan qurban tersebut. Adapun kedua orang tua, anak-anak dan isterinya, mereka tidak dilarang memotong rambut atau kuku mereka, sekalipun mereka ikut dalam pelaksanaa qurban tersebut. Atau mereka yang secara sukarela membelikan haiwan qurban dari duitnya sendiri untuk mereka.


MACAM MANA KALAU RAMBUT/JANGGUT MISAI GUGUR KETIKA DIRAPIKAN?

Dalam hal menyikat/merapikan rambut, samada perempuan ataupun lelaki boleh melakukan perbuatan menyikat/merapikan rambut mereka sekalipun rambutnya gugur. Begitu juga dengan misai dan janggut.

Secara ringkasnya macam nilah. Pada mereka yang telah berniat pada pertengahan 10 hari pertama untuk berqurban, maka dia tidak boleh memotong rambut/bulu dan kukunya pada hari-hari berikutnya.

Jadi, hamba harap kita beroleh manfaat dari bulan Zulhijjah besok dan ianya penting untuk diambil perhatian. Maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan memotong kuku.

Setiap larangan atau suruhan pasti ada hikmahnya. Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.

Senang jerkan nak dapat PAHALA. Tinggalkan maka dapatlah pahala. Moh kita beramal.

Wallahu A`lam.



Sumber :
http://www.abuanasmadani.com/kelebihan-sepuluh-hari-awal-bulan-zulhijjah/
http://sirojulinsan.wordpress.com/2009/11/17/potong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-berqurban




Thanks for reading...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut berkaitan SHAKLEE.

KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.





Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

No comments:

Post a Comment