Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Monday, June 23, 2014

MURTABAK RAJA...MURTABAK SEDAP DAN TERBAIK!!!!




ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEMUA...

Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya dengan kehadiran bulan yang mulia ni, ramai diantara kita sudah berkira-kira juadah apa yang perlu dimasak ketika sahur dan ketika waktu berbuka nanti. Tapi kebanyakan orang akan ke bazar-bazar Ramadhan di tempat masing-masing.

Pada entri kali ni, hamba nak mengarut perihal MURTABAK RAJA. Makanan yang tersohor di Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang...wahhhh...promote negeri sendiri nampak... :-)

Di awal kemunculan murtabak raja ni, harganya adalah di sekitar RM10-RM12. Namun sejak dua menjak ni, harganya melonjak naik dari RM15 - RM20. Kalau ianya disediakan di hotel, hamba rasa ianya mungkin mencecah RM25-RM30.

Apa yang specialnya murtabak raja ni? Yang ramai orang tahu ianya cukup tebal. Bagi orang macam hamba ni, bolehla habiskan 1/4 jer. Kalau betul-betul nak mengketekedarah, hamba boleh habiskan 1/2 murtabak raja ni.

Dipendekkkan cerita, kalau hamba makan murtabak biasa yang dijual di pasar-pasar malam ataupun bazar Ramadhan nanti, hamba boleh habiskam 2-3 keping. Kalau nak mengketekedarahla.

Yang terbaiknya, murtabak raja ni mengandungi 3 LAPISAN di mana lapisan pertama adalah inti (ayam/daging) yang memang banyak. Lapisan kedua dan ketiga adalah telur. So, ianya memang tebal dan amat puas hati.





Tanpa berceloteh panjang, hamba dengan gembiranya ingin mengongsikan RESEPI MURTABAK RAJA.
Bahan-bahannya adalah :

BAHAN KULIT:
·         1kg tepung gandum
·         2 biji telur
·         ½ sudu teh garam
·         750ml air
·         125ml minyak masak


BAHAN INTI:
·         1kg daging lembu/daging ayam | dihiris
·         2kg bawang besar | dihiris halus
·         2 bawang putih | dihiris halus
·         3cm halia | dihiris halus
·         100gm kerutub adabi
·         6 biji telur
·         Garam secukup rasa
·         Minyak masak untuk menumis secukupnya
·         Minyak sapi secukupnya

BAHAN PENCICAH:
·         1 jag air 
·         garam secukup rasa
·         gula secukup rasa
·         cuka makan secukup rasa (5-8 titik)
·         bawang besar dipotong gelang
·         cili merah


CARA MEMASAKNYA:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.

3. Selepas itu masukkan kerutub adabi. Kacau sehingga kering.

4. Kemudian masukkan isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

5. Untuk membuat kulitnya, gaul tepung gandum, telur, minyak dan air yang dituang sedikit-sedikit sehingga sebati.

6. Uli sehingga menjadi doh. Bentuk bulat-bulat seberat 60gm. Salut dengan minyak sapi. Biarkan seketika.

7. Selepas itu bentuk doh tersebut dan tebar macam roti canai.

8. Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan letakkan kulit martabak tersebut. Letakkan dua biji telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat.

9. Selepas itu di atas lapisan seterusnya, letakkan telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat lagi. Lakukan sehingga tiga lapisan.

10. Selepas itu balik-balikkan dan bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat.

11. Sedia dihidangkan.

Bagi menyediakan pencicah atau acar pula, hanya perlu didihkan satu jug air. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam, cuka secukup rasa. 


Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul hingga rata. 



Senang jer kan. Anda bolehla mencubanya. Kalau dah mahir, bolehla cuba buka gerai murtabak raja nanti.

Bagi yang dah buat berkali-kali tapi tak jadi-jadi jugak. Jangan khawatir kerana anda masih boleh dapatkan Murtabak Raja yang sedap dan terbaeekk ni dengan hamba. 

Hamba dah siapkan dalam bentuk frozen food. Hanya perlu defroskan  selama 2-3 jam dan bakar dalam oven, microwave mahupun di atas kuali. Pencicah hamba bagi PERCUMA.

Yang bestnya lagi, penghantaran PERCUMA di sekitar Gombak, Selayang, Kepong, Sentul dan di sekitar office company hamba di Jalan Tun Razak.















Sila hubungi hamba di nombor talian seperti yang tertera di bawah :


Masa penghantaran :
Sabtu : 12pm-5pm
Ahad :  8am-5pm
Isnin - Selasa : 8pm-10pm

Disekitar office company hamba di jalan Tun Razak, penghantaran akan dilakukan 
pada jam 12.00pm - 1.00pm.

Bagi yang tinggal di Kuantan dan disekitarnya, bolehla hubungi adik hamba Nik Mohd Haikal di talian berikut :
+6 01 99 81 51 39

Note : 
- Jika pakai freezer aiskrim, defros mungkin lebih dari 3 jam.
- Tahan selama 2 hari diluar freezer.


Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Monday, June 9, 2014

Spicy Chicken Oglio Olio

 
 
 
Assalamualaikum W.B.T,

Pada kesempatan kali ini, ingin saya kongsikan satu lagi makanan yang cukup berkhasiat dan InsyaAllah sihat buat kita semua. Umum mengetahui, suami saya bukanlah pakar memasak. Tapi dia suka memasak. Jumpa jer resepi baru, dia pasti akan cuba dan modify ikut selera kami sekeluarga. Kadangkala, mengikut selera dia (pedas).

Dan sememangnya pada kali ini, oglio olio yang disajikan sepatutnya agak pedas. Tapi dia berjaya mengurangkan kepedasan yang pasti membuatkan rasa berapi di mulut.

Nak menyediakan oglio olio pada kali ini agak mudah. Disebabkan dia nak cepat, maka banyak bahan-bahan dimasukkan ke dalam blender. Macam biasa, ramuan WAJIB adalah bawang putih (garlic) dan minyak zaiton (olive oil).

Bahan - bahannya :
- Minyak Zaiton (4 sudu besar)
- Spaghetti
- Bawang Putih
- Ayam
- Chilli Flake


 
(Spaghetti dan minyak zaitun ni beli di kedai Arab, berhadapan dengan OTK Gombak)



(Semasa cincang, pastikan hanya ambil isi ayam sahaja. Kulit dan lemak 'tauk buang')


- Daun parsley
- Oregano
- Tomato
- Lada Benggala
- Cili 5 biji (kalau nak betul-betul berasap, ambil cili padi)
- Air 250ml
- Kiub ayam

Pertama sekalinya, rebuskan spaghetti anda dan campurkan sesudu minyak zaiton ke dalam rebusan spaghetti tadi untuk mengelakkannya melekat.

Kisar bawang putih, cili, 1/2 lada benggala, 1/2 tomato dan kiub ayam di dalam 250ml air.







Kisar dalam 1-2 minit sahaja. Sementara menunggu spaghetti siap, panaskan 2 sudu minyak zaiton dan goreng ayam yang siap dicincang tadi. Goreng tak perlu lama jika anda pakai pemanggang ajaib IKAN. Dalam 5 minit dah siap.



Selepas spaghetti siap direbus dan ditoskan. Panaskan 4 sudu besar minyak zaitun. Masukkan ayam dan spaghetti dan gaulkan sehingga sebati.




Selepas itu, besarkan api dan masukkan bahan kisar tadi. Gaulkan serata mungkin.




Bila nampak macam dah kering, barulah anda masukkan daun parsley, oregano, lada benggala dan tomato.

Dah siap.

Agak-agak berapa lama masa yang diambil untuk siapkan hidangan berkhasiat dan sihat ni? Terpulang kepada si pembuatla. Tapi pastikan ayam tak mentah. 


Untuk nampak lebih menarik dan kelihatan lembab, anda masukkan extra virgin olive oil. Boleh juga masukkan daun ??? (sila lihat gambar di bawah).

(cuba teka?)
 
 
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, menu ini amat bersesuaian. Suami saya dah pun berjaya turunkan berat badannya dari 98kg ke 72kg. Antara rahsianya, gantikan nasi dengan mee, spaghetti, roti dan lain-lain.
 
Di samping itu, dia juga mengamalkan pemakanan tambahan di mana dia akan kongsikan pada entri akan datang. Sekian.


Nukilan Balqis


Sila like dan share jika anda rasa entri ini bermanfaat.
 

Friday, May 23, 2014

Yam River Seafood Oglio Olio

Saya berasa diri ni lebih ceria, gembira, senyum, tersangat suka membantu dan lain-lain yang positif. Tak seperti sebelum-sebelum ni...Hari minggu pun banyak menghabiskan masa di pejabat. Jadi dari takda buat apa-apa kat rumah ni, saya cubala memasak. Sekali sekala tolongla Mama Balqis.

Dah lama tak memasak. Kengkadang sayu juga bila Luqman dan Danial minta saya masak. Saya bukanlah pakar masakan sebenarnya. Tapi buat-buat pandai jer.

Impian saya nak buka sebuah restoran dengan nama __________ .Biarlah dirahsiakan dulu...Yang pastinya bakal menyajikan masakan Pantai Timur seperti Gulai Kawah, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Berlauk,Sambal Jantan, kuih muih antaranya Akok, Tahi Itik, Pulut Pagi, Apam, Butir Nangka. Makanan barat yang bakal disajikan pula segala jenis steak dan pasta.  

Pada Ahad lepas, saya buat Oglio Olio versi Yam River. Yang pastinya bahan asas Oglio Olio adalah bawang putih dan olive oil. Disebabkan olive saya kebetulannya dah habis, terpaksala saya guna Extra Virgin Olive Oil(1)

Bahan-bahan untuk Oglio Olio hari ni adalah :

Bahan A:  
- Angel hair pasta
- Elbow macaroni


Bahan B:
- Extra Virgin Olive Oil
- Mentega (2 sudu besar)
- Kiub ayam
- Air yang telah dimasak (150-200ml)
- Bawang Putih

Bahan C:
- Udang
- Sotong
- Lala

Bahan D:
- Lada benggala
- Lada besar
- Oregano
- Chili Course (lagi ummpphhh taruk Chili Flake)


Cara-caranya :

Rebus dan toskan Bahan A. Dalam 20-30 minit.


Basuh dan potong Bahan C dan Bahan D. Pastikan ianya dilakukan dengan penuh passion dan kasih sayang.


Tumbuk bawang putih. Kalau boleh, tak payah lumat sangat. Ada orang suka tumbuk sampai lumat. Tapi pada saya kurang kick. Kita yang buat dia kan. Jadi terpulang pada citarasa masing-masing.


Panaskan mentega. Tumis bawang putih tadi. Dalam seminit jer. Lepas tu baru masukkan Bahan C. Kacau bagi sebati dalam 1/2 minit.


Masukkan air. Besarkan api, tunggu dalam 1/2 minit baru masukkan kiub. Kalau boleh hancurkan dulu kiub tu. Kot pandai mu la nok peracur lagu mano..opppssss... ;-) 
kalau saya tersendawa memang macam ni. Terkeluar bahasa ibunda. Masa menaip ni pun sama.
Kacau bagi sebati. Tak lama, dalam 15 saat jer.


Dengan pantas, kecilkan api. Masukkan pula Bahan A. Taburkan chilli course, oregano.


 Jangan lupa masukkan lada benggala dan chili besar. Gaulkan hingga sebati.
Tutup api. Biarkan dalam 5 minit barula tuang Extra Virgin Olive Oil. Gaulkan hingga sebati.


Hhmmm...Amacam? Rasanya tak sampai setengah jam dari penyediaan bahan-bahan dan memasak.


(1) Bubuh Extra Virgin Olive Oil diakhir masakan agar khasiatnya tak hilang. Seeloknya guna Olive Oil untuk gantikan mentega tadi. 

(2) Lagi menarik tambah buah zaitun dan juga daun parsley. Lagi meriah. Adakalanya saya letak lobak dan juga tomato. Ialah, bukan saya jer nak makan. Anak-anak saya kebanyakannya suka lobak dan tomato.




Friday, April 4, 2014

Selamat Datang