ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEMUA...
Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya dengan kehadiran bulan yang mulia ni, ramai diantara kita sudah berkira-kira juadah apa yang perlu dimasak ketika sahur dan ketika waktu berbuka nanti. Tapi kebanyakan orang akan ke bazar-bazar Ramadhan di tempat masing-masing.
Pada entri kali ni, hamba nak mengarut perihal MURTABAK RAJA. Makanan yang tersohor di Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang...wahhhh...promote negeri sendiri nampak... :-)
Di awal kemunculan murtabak raja ni, harganya adalah di sekitar RM10-RM12. Namun sejak dua menjak ni, harganya melonjak naik dari RM15 - RM20. Kalau ianya disediakan di hotel, hamba rasa ianya mungkin mencecah RM25-RM30.
Apa yang specialnya murtabak raja ni? Yang ramai orang tahu ianya cukup tebal. Bagi orang macam hamba ni, bolehla habiskan 1/4 jer. Kalau betul-betul nak mengketekedarah, hamba boleh habiskan 1/2 murtabak raja ni.
Dipendekkkan cerita, kalau hamba makan murtabak biasa yang dijual di pasar-pasar malam ataupun bazar Ramadhan nanti, hamba boleh habiskam 2-3 keping. Kalau nak mengketekedarahla.
Yang terbaiknya, murtabak raja ni mengandungi 3 LAPISAN di mana lapisan pertama adalah inti (ayam/daging) yang memang banyak. Lapisan kedua dan ketiga adalah telur. So, ianya memang tebal dan amat puas hati.
Tanpa berceloteh panjang, hamba dengan gembiranya ingin mengongsikan RESEPI MURTABAK RAJA.
Bahan-bahannya adalah :
BAHAN KULIT:
·
1kg tepung gandum
·
2 biji telur
·
½ sudu teh garam
·
750ml air
·
125ml minyak masak
BAHAN INTI:
·
1kg daging lembu/daging ayam | dihiris
·
2kg bawang besar | dihiris halus
·
2 bawang putih | dihiris halus
·
3cm halia | dihiris halus
·
100gm kerutub adabi
·
6 biji telur
·
Garam secukup rasa
·
Minyak masak untuk menumis secukupnya
·
Minyak sapi secukupnya
BAHAN PENCICAH:
· 1 jag air
· garam secukup rasa
· gula secukup rasa
· cuka makan secukup rasa (5-8 titik)
· bawang besar dipotong gelang
· cili merah
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan
sedikit minyak di dalam kuali.
2. Tumis bawang
merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.
3. Selepas itu
masukkan kerutub adabi. Kacau sehingga kering.
4. Kemudian
masukkan isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kering.
Angkat dan ketepikan.
5. Untuk
membuat kulitnya, gaul tepung gandum, telur, minyak dan air yang dituang
sedikit-sedikit sehingga sebati.
6. Uli sehingga
menjadi doh. Bentuk bulat-bulat seberat 60gm. Salut dengan minyak sapi. Biarkan
seketika.
7. Selepas itu
bentuk doh tersebut dan tebar macam roti canai.
8. Panaskan
sedikit minyak di atas kuali dan letakkan kulit martabak tersebut. Letakkan dua
biji telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat.
9. Selepas itu
di atas lapisan seterusnya, letakkan telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat
lagi. Lakukan sehingga tiga lapisan.
10. Selepas itu
balik-balikkan dan bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat.
11. Sedia dihidangkan.
Bagi menyediakan pencicah atau acar pula, hanya perlu didihkan satu jug air. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam, cuka secukup rasa.
Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul hingga rata.
Bagi menyediakan pencicah atau acar pula, hanya perlu didihkan satu jug air. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam, cuka secukup rasa.
Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul hingga rata.
Senang jer kan. Anda bolehla mencubanya. Kalau dah mahir, bolehla cuba buka gerai murtabak raja nanti.
Bagi yang dah buat berkali-kali tapi tak jadi-jadi jugak. Jangan khawatir kerana anda masih boleh dapatkan Murtabak Raja yang sedap dan terbaeekk ni dengan hamba.
Hamba dah siapkan dalam bentuk frozen food. Hanya perlu defroskan selama 2-3 jam dan bakar dalam oven, microwave mahupun di atas kuali. Pencicah hamba bagi PERCUMA.
Yang bestnya lagi, penghantaran PERCUMA di sekitar Gombak, Selayang, Kepong, Sentul dan di sekitar office company hamba di Jalan Tun Razak.
Yang bestnya lagi, penghantaran PERCUMA di sekitar Gombak, Selayang, Kepong, Sentul dan di sekitar office company hamba di Jalan Tun Razak.
Sila hubungi hamba di nombor talian seperti yang tertera di bawah :
Masa penghantaran :
Sabtu : 12pm-5pm
Ahad : 8am-5pm
Isnin - Selasa : 8pm-10pm
Disekitar office company hamba di jalan Tun Razak, penghantaran akan dilakukan
pada jam 12.00pm - 1.00pm.
Bagi yang tinggal di Kuantan dan disekitarnya, bolehla hubungi adik hamba Nik Mohd Haikal di talian berikut :
+6 01 99 81 51 39
Note :
- Jika pakai freezer aiskrim, defros mungkin lebih dari 3 jam.
- Tahan selama 2 hari diluar freezer.
Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.
No comments:
Post a Comment