Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Mana lebih NIKMAT? Nikmat KELUAR atau Nikmat MASUK?

Assalamualaikum W.B.T pembaca sekalian,

Hamba ingin menceritakan sebuah kisah yang dah lama hamba dengar. Mungkin ramai yang dah dengar. Hamba cuba kongsikan di sini seringkas yang boleh.


KISAH PERTAMA : NIKMAT MASUK

Alkisahhh........Toyyib.....tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang ingin berangkat pulang ke kampung halaman si isteri di Utara tanah air. Maka si suamilah yang selalunya akan memandu kereta. Manakala si isteri pula akan melayan karenah 4 orang anak mereka. 

Jam 11 pagi berangkat keluarlah mereka sekeluarga dari rumah mereka yang terletak di Mukim Batu di bawah Jajahan Gombak. Destinasinya adalah Kg. Binjai, To'kun Atas di bawah Jajahan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Si isteri menyatakan keinginannya makan mee rebus di Tanjung Malim. Bekas pelajar UPSI la katakan. Perut pun memang dah berkeroncong dari tadi lagi. Maklumlah, breakfast tadi makan sebiji karipap jer. 


"Dah lama tak makan mee rebus kat Tanjung Malim tu" keluh si isteri. Setelah setengah jam perjalanan, si suami berkata "Apa kata kita singgah kat Ipoh. Abang dengar Mee Rebus Ramli, terbaeekk!!". 


Si isteri "A'ahla...hari tu abang kata nak singgah masa balik dari rumah mak kan, oklah....tapi abang belanja ayang double...lapar tahap gaban dah ni". 
"takder hal..kalau ayang nak bungkus 5 lagi pun boleh" kata si suami sambil memecut 110km.

Moral : Kita masih boleh tahan bab NIKMAT MASUK ni, bilamana kita dengar ada NIKMAT MASUK yang lagi nikmat. 

KISAH KEDUA : NIKMAT KELUAR

Tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang ingin berangkat pulang ke kampung halaman si isteri di Utara tanah air. Maka si suamilah yang selalunya akan memandu kereta. Manakala si isteri pula akan melayan karenah 4 orang anak mereka. 

Jam 11 pagi berangkat keluarlah mereka sekeluarga dari rumah mereka yang terletak di Mukim Batu di bawah Jajahan Gombak. Destinasinya adalah Kg. Binjai, To'kun Atas di bawah Jajahan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Di tengah perjalanan, perut si isteri memulas-mulas. Naik pucat muka si isteri menahan perut memulas. Peluh dingin kelihatan dimukanya. 




Nasib baikla naik Myvi. Kalau naik Vellfire mau terguling-guling si isteri tadi. Maka dia meminta si suami agar berhenti di R&R Tanjung Malim. Memang dah tak tahan sangat. Memulas-mulas nak MEMBUANG. Kalau boleh keluar jer pintu kereta, terus masuk pintu tandas.


Si suami tersenyum melihat gelagat si isteri. "Jangan kentut dalam kereta ni sudahlah. Pagi tadi dahlah melantak telur rebus nasi lemak. Kesian anak-anak.. makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis jer" kata si suami. Kemudian, si suami menduga si isteri "ayang, abang dengar jamban kat R&R Sungai Perak dah upgrade. Mangkuk jamban dia pun dah ada button. Canggih macam tandas kat Jepun. Bersih pulak tu...Apa kata kita teruskan perjalanan sampai sana?"

Agak-agakla, mau ke si isteri tahan?

Mana lebih NIKMAT? Nikmat KELUAR atau nikmat MASUK?


Sebagai hamba Ilahi, senantiasalah panjatkan kesyukuran ke hadrat-Nya kerana sehingga ke hari ini kita masih diberi untuk mengecapi nikmat dan berada dalam rahmat-Nya.


Ungkapkan perasaan syukur kepada-Nya.




Thanks for reading...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut berkaitan SHAKLEE.

KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.





Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Wednesday, September 24, 2014

LARANGAN MEMOTONG KUKU...




Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca sekelian,
Seperti yang diumumkan semalam, 1 Zulhijjah akan jatuh pada hari besok bersamaan 26 September 2014. Hamba cuma ingin kongsikan kepada pembaca sekelian, bilamana kita berniat untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun tersebut, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah, kita dilarang dari mencukur, mencabut bulu (misai, janggut, rambut) dan memotong kuku sehinggalah binatang qurban tadi telah disembelih.

Ini berdasarkan hadith Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.A bermaksud :

“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”
(HR Muslim, no. 1977)


Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita. Begitu juga dengan kuku. Kita dilarang dari memotongnya. Sebahagian ulama muktabar berpendapat, maksud larangan tersebut ialah HARAM. Manakala, sebahagian lagi berpendapat ianya MAKRUH. Pendapat Imam Abu Hanifah pula perbuatan tersebut adalah mubah iaitu tidak makruh dan tidak sunat.

Al-Imam An-Nawawi iaitu tokoh besar yang bermadzhab Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah MAKRUH. Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram. Walllahu A`lam.

Fatwa Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin tentang masalah ini :





"Apabila sepuluh hari pertama (Zulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berqurban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun"
[Hadits Riwayat Muslim]

Nas ini menegaskan bahawa yang tidak boleh memotong/mencukur rambut/bulu dan memotong kuku adalah orang yang hendak berqurban, samada qurban itu atas nama dirinya atau untuk kedua orang tuanya atau atas nama dirinya dan kedua orang tuanya. Sebab dialah yang membeli dan membayar haiwan qurban tersebut. Adapun kedua orang tua, anak-anak dan isterinya, mereka tidak dilarang memotong rambut atau kuku mereka, sekalipun mereka ikut dalam pelaksanaa qurban tersebut. Atau mereka yang secara sukarela membelikan haiwan qurban dari duitnya sendiri untuk mereka.


MACAM MANA KALAU RAMBUT/JANGGUT MISAI GUGUR KETIKA DIRAPIKAN?

Dalam hal menyikat/merapikan rambut, samada perempuan ataupun lelaki boleh melakukan perbuatan menyikat/merapikan rambut mereka sekalipun rambutnya gugur. Begitu juga dengan misai dan janggut.

Secara ringkasnya macam nilah. Pada mereka yang telah berniat pada pertengahan 10 hari pertama untuk berqurban, maka dia tidak boleh memotong rambut/bulu dan kukunya pada hari-hari berikutnya.

Jadi, hamba harap kita beroleh manfaat dari bulan Zulhijjah besok dan ianya penting untuk diambil perhatian. Maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan memotong kuku.

Setiap larangan atau suruhan pasti ada hikmahnya. Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.

Senang jerkan nak dapat PAHALA. Tinggalkan maka dapatlah pahala. Moh kita beramal.

Wallahu A`lam.



Sumber :
http://www.abuanasmadani.com/kelebihan-sepuluh-hari-awal-bulan-zulhijjah/
http://sirojulinsan.wordpress.com/2009/11/17/potong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-berqurban




Thanks for reading...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut berkaitan SHAKLEE.

KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.





Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Wednesday, April 9, 2014

7 SUNNAH

Buat renungan bersama.. Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan. Dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Disarankan kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.



Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. Lagi baik bilamana ketika membaca Al-Quran itu, fahami maknanya.



Ketiga: Elakkan meninggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.





Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat
Dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Yakinlah bahawa Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk hamba-Nya.




Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.



Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.



Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua, Insya'Allah.

Thanks for reading.

Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.




Friday, April 4, 2014

Selamat Datang