Sunday, June 29, 2014

CARA TERBAIK MENURUNKAN KADAR KOLESTROL.


ASSALAMULAIKUM W.B.T PEMBACA SEMUA.

Mudah-mudahan kita semua senantiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Bersembang berkenaan kolestrol ni, sudah tentu kita semua pernah mendengar masalah KOLESTROL TINGGI dikalangan adik beradik, saudara mara dan sahabat handai kita kan..




Haaa...Kat sini saya nak umumkan satu berita baik bagi orang yang berlebihan berat badan. Jangan ingat anda jer yang ada masalah kolestrol tinggi ni, orang kurus pun ada der. Haha...kenapa yer?

Jom kita selidiki dan pelajari serba sedikit berkenaan kolestrol ni.


APA ITU KOLESTROL?
Ramai diantara kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Hamba pun baru tahu setelah menelaah benda alah ni 1 minggu lalu. 

Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di dalam hati atau di dalam usus. Fungsi kolestrol adalah untuk menghasilkan hormon dan ianya akan membentuk membran sel. 

Kemudian ianya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain dari itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti daging, ayam, keju, kuning telur  dan udang. 

Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

JENIS KOLESTROL








1) HDL (High Density Lipoprotein) - Kolestrol BAIK


HDL disebut sebagai lemak yang "baik" kerana  ia membersihkan lebihan kolesterol dari dinding pembuluh darah dengan mengangkutnya kembali ke hati. 

Protein utama yang membentuk HDL adalah Apo-A (apolipoprotein). HDL mempunyai kandungan lemak lebih sedikit dan mempunyai kepadatan tinggi sehingga ianya lebih berat.





2) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolestrol JAHAT


LDL mengandungi lebih banyak lemak daripada HDL sehingga ia akan mengembang di dalam darah. Protein utama yang membentuk LDL adalah Apo-B (apolipoprotein-B). 

LDL dianggap sebagai lemak yang "jahat" kerana dapat menyebabkan pembentukan plak di dinding pembuluh darah. Inilah antara punca yang menyebabkan serangan jantung dan stroke.





BAGAIMANA KOLESTROL MEMBAHAYAKAN KITA?
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. 
Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.




UBAH GAYA PEMAKANAN.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. 

Pelbagai perubatan moden boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. 

Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.

Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.

ATASI MASALAH KOLESTROL SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL


APA ITU FITOSTEROL?
Fitosterol merupakan jenis lemak yang berasal dari sumber makanan atau tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi yang mirip kolesterol dalam tubuh badan manusia. 

Fitosterol juga dikenal sebagai sterol tumbuhan iaitu kelompok steroid alkohol, fitokimia yang ada secara semulajadi di dalam tumbuhan dan tidak ditemukan pada mana-mana haiwan mamalia.

Meskipun ianya  dari golongan lemak, fitosterol memilki fungsi yang berbeza dengan kolesterol. 

Kolesterol merupakan jenis sterol yang dapat meningkatkan kadar kolesterol plasma darah, khususnya bagi penderita hiperkolesterolemia. Sedangkan fitosterol pula dapat menurunkan kadar kolesterol darah.





BAGAIMANA FITOSTEROL BERFUNGSI?
Fitosterol adalah kolesterol rantai pendek yang berfungsi sebagai penghadang kolesterol jahat. Ia biasa disebut dengan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik. Sama dengan kolesterol jahat (kolesterol LDL), ia juga merupakan turunan dari 'keluarga' lemak.

Mengapa ia disebut kolesterol baik? Ini kerana ia mempunya fungsi mengikis dan membuang kolesterol jahat yang menyumbat pembuluh darah dan mengiringnya kembali ke hati untuk diproses dan dilenyapkan. Ia juga berfungsi sebagai penghadang di pembuluh darah yang mencegah kolesterol jahat mengendap, serta melindunginya dari terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah.









CARA MENDAPATKAN FITOSTEROL





Fitosterol boleh didapati di dalam makanan seperti gambar di atas. Masalahnya, hamba tak sanggup nak ambil kuantiti sebanyak tu hari-hari. Sekarang dah ada cara lebih mudah untuk mendapatkan fitosterol.



PHYTOCOL-ST membekalkan sumber fitosterol. Jadi dah tak payah nak makan lobak merah sampai 200 biji dan lain-lain lagi tu.




Ia membekalkan 100% jumlah pengambilan fitosterol setiap hari. Dirumus khas daripada beberap jenis fitosterol tumbuhan termasuk minyak tall.


CARA PENGAMBILAN FITOSFEROL SHAKLEE


Adalah lebih baik kita mengambil 2 biji tablet 2 kali sehari sebelum menjamah nasi lemak, roti canai, mee goreng. Jadi kita dah bersedia sebelum 'kolestrol jahat' diserap oleh badan kita.




Hubungi hamba untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Monday, June 23, 2014

MURTABAK RAJA...MURTABAK SEDAP DAN TERBAIK!!!!




ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEMUA...

Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya dengan kehadiran bulan yang mulia ni, ramai diantara kita sudah berkira-kira juadah apa yang perlu dimasak ketika sahur dan ketika waktu berbuka nanti. Tapi kebanyakan orang akan ke bazar-bazar Ramadhan di tempat masing-masing.

Pada entri kali ni, hamba nak mengarut perihal MURTABAK RAJA. Makanan yang tersohor di Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang...wahhhh...promote negeri sendiri nampak... :-)

Di awal kemunculan murtabak raja ni, harganya adalah di sekitar RM10-RM12. Namun sejak dua menjak ni, harganya melonjak naik dari RM15 - RM20. Kalau ianya disediakan di hotel, hamba rasa ianya mungkin mencecah RM25-RM30.

Apa yang specialnya murtabak raja ni? Yang ramai orang tahu ianya cukup tebal. Bagi orang macam hamba ni, bolehla habiskan 1/4 jer. Kalau betul-betul nak mengketekedarah, hamba boleh habiskan 1/2 murtabak raja ni.

Dipendekkkan cerita, kalau hamba makan murtabak biasa yang dijual di pasar-pasar malam ataupun bazar Ramadhan nanti, hamba boleh habiskam 2-3 keping. Kalau nak mengketekedarahla.

Yang terbaiknya, murtabak raja ni mengandungi 3 LAPISAN di mana lapisan pertama adalah inti (ayam/daging) yang memang banyak. Lapisan kedua dan ketiga adalah telur. So, ianya memang tebal dan amat puas hati.





Tanpa berceloteh panjang, hamba dengan gembiranya ingin mengongsikan RESEPI MURTABAK RAJA.
Bahan-bahannya adalah :

BAHAN KULIT:
·         1kg tepung gandum
·         2 biji telur
·         ½ sudu teh garam
·         750ml air
·         125ml minyak masak


BAHAN INTI:
·         1kg daging lembu/daging ayam | dihiris
·         2kg bawang besar | dihiris halus
·         2 bawang putih | dihiris halus
·         3cm halia | dihiris halus
·         100gm kerutub adabi
·         6 biji telur
·         Garam secukup rasa
·         Minyak masak untuk menumis secukupnya
·         Minyak sapi secukupnya

BAHAN PENCICAH:
·         1 jag air 
·         garam secukup rasa
·         gula secukup rasa
·         cuka makan secukup rasa (5-8 titik)
·         bawang besar dipotong gelang
·         cili merah


CARA MEMASAKNYA:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.

3. Selepas itu masukkan kerutub adabi. Kacau sehingga kering.

4. Kemudian masukkan isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

5. Untuk membuat kulitnya, gaul tepung gandum, telur, minyak dan air yang dituang sedikit-sedikit sehingga sebati.

6. Uli sehingga menjadi doh. Bentuk bulat-bulat seberat 60gm. Salut dengan minyak sapi. Biarkan seketika.

7. Selepas itu bentuk doh tersebut dan tebar macam roti canai.

8. Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan letakkan kulit martabak tersebut. Letakkan dua biji telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat.

9. Selepas itu di atas lapisan seterusnya, letakkan telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat lagi. Lakukan sehingga tiga lapisan.

10. Selepas itu balik-balikkan dan bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat.

11. Sedia dihidangkan.

Bagi menyediakan pencicah atau acar pula, hanya perlu didihkan satu jug air. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam, cuka secukup rasa. 


Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul hingga rata. 



Senang jer kan. Anda bolehla mencubanya. Kalau dah mahir, bolehla cuba buka gerai murtabak raja nanti.

Bagi yang dah buat berkali-kali tapi tak jadi-jadi jugak. Jangan khawatir kerana anda masih boleh dapatkan Murtabak Raja yang sedap dan terbaeekk ni dengan hamba. 

Hamba dah siapkan dalam bentuk frozen food. Hanya perlu defroskan  selama 2-3 jam dan bakar dalam oven, microwave mahupun di atas kuali. Pencicah hamba bagi PERCUMA.

Yang bestnya lagi, penghantaran PERCUMA di sekitar Gombak, Selayang, Kepong, Sentul dan di sekitar office company hamba di Jalan Tun Razak.















Sila hubungi hamba di nombor talian seperti yang tertera di bawah :


Masa penghantaran :
Sabtu : 12pm-5pm
Ahad :  8am-5pm
Isnin - Selasa : 8pm-10pm

Disekitar office company hamba di jalan Tun Razak, penghantaran akan dilakukan 
pada jam 12.00pm - 1.00pm.

Bagi yang tinggal di Kuantan dan disekitarnya, bolehla hubungi adik hamba Nik Mohd Haikal di talian berikut :
+6 01 99 81 51 39

Note : 
- Jika pakai freezer aiskrim, defros mungkin lebih dari 3 jam.
- Tahan selama 2 hari diluar freezer.


Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.

BOSS, SAYA NAK TUKAR 'DEPARTMENT'...



ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEKALIAN...

6 Mei 2014, genap setahun hamba bertukar jabatan. Diakui cukup sukar untuk hamba meminta ditukarkan jabatan. Bermacam-macam rintangan yang terpaksa hamba lalui hanya kerna inginkan sesuatu yang terbaik buat diri dan kerjaya. Syukur Alhamdulillah kerna Allah memakbulkan doa hamba-Nya.

Selama setahun ini, ramai juga dikalangan teman sejabatan mencuba nasib untuk bertukar ke jabatan lain. Namun hasilnya amat mengecewakan. Sampai ada yang menyerahkan surat perletakan jawatan. Mungkin rezeki mereka bukan disitu. Ianya tertulis di tempat lain.

Ingin hamba kongsikan di sini apa yang hamba lakukan sehingga berjaya melakukannya walaupun pada mulanya nampak mustahil.

Langkah pertama - Setiap tahun, pihak syarikat akan mengadakan 'appraisal'. Seperti biasa kami akan isikan KPI dan objektif untuk tahun tersebut dan tahun akan datang.




Dalam pada itu, hamba tidak lupa juga isi di bahagian pembangunan dan kerjaya di masa depan. Di situ, hamba isikan jabatan dan bidang yang hamba ingin ceburi dan terokai.

Langkah kedua - Semasa di akhir sujud solat 5 waktu, berdoalah dan mintalah kepada Allah perkenankan hajat kita. Jika solat berjemaah, pastikan tidak sujud terlalu lama.






Langkah ketiga - Dirikan solat sunat Istikharah sebelum masuk tidur pada setiap malam. Minta Allah tunjukkan jalan dan cara terbaik buat kita.



Langkah keempat - Lakukan solat sunat Taubat semampu mungkin. Kalau boleh lakukan pada setiap malam. Diikuti pula dengan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Hajat.





Nampak sukar untuk dilaksanakan. Tapi percayalah keajaiban solat sunat Taubat dan Tahajjud. Pada masa itu mintalah bersungguh-sungguh di hadapan-Nya. 

Langkah kelima - Bersedekah. Sedekahkanlah harta yang kita ada walaupun RM1 sehari. Berikanlah seikhlas hati sambil berdoa, 'Ya Allah, Permudahkanlah bagiku dalam urusan bla...bla...bla...dan Engkau cukupkanlah rezekiku'.



Kalau ada orang meminta sedekah dan anda curiga terhadap peminta sedekah tersebut (tak tau samada dia betul-betul susah atau sebaliknya), maka hamba sarankan bagi jer sedekah anda kat dia. 

Kalau dia menipu sekalipun, ianya urusan dia dengan Allah.
Sekurang-kurangnya, urusan kita dengan Allah dianggap selesai.

Langkah keenam - Perbanyakkan istighfar. Sekurang-kurangnya 100x sehari. Ianya akan dapat melapangkan kesempitan, memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka, membersihkan hati, bertambah kesejahteraan  dan lain-lain lagi.


Langkah ketujuh - Dirikan solat Dhuha. Cantik lagi bila buat 4 rakaat. Bila selesai, bacalah doa seperti yang tertera di bawah.


Langkah kelapan - semasa berjumpa dengan boss untuk membincangkan hal ini, susun fakta-fakta yang perlu dikemukakan nanti. 

Bayangkan kita berada di depan boss, istighfar, baca selawat 10x, surah Al-Fatihah 1x, surah Al-Ikhlas 3x. 

Bacalah doa agar diberi kelancaran dan dipermudahkan semasa proses face to face dengan boss nanti.

Langkah kesembilan - Masuk ke bilik boss dengan tenang. Bayangkan proses yang bakal dilalui nanti berada dalam keadaan baik. 



Senyum dan mulakan.

Semoga berjaya ;-)


Thanks for reading...









Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Wednesday, June 11, 2014

TIPS MENGATASI MASALAH MENGANTUK DI TEMPAT KERJA SEMASA WORLD CUP





WORLD CUP, NGANTUKNYA......


ASSALAMUALAIKUM W.B.T,



World Cup datang lagi pada tahun ini. 13 June 2014, telah bermulanya pertembungan antara tuan rumah Brasil menentang Croatia. Minta maaf kepada 'kipas susah mati' Brasil, hamba tetap akan menyokong kepada lawan pasukan Brasil. Seperti edisi sebelumnya, hamba masih lagi menyokong pasukan Argentina dan Germany. Nak sokong pasukan 'Harimau Malaya' di Piala Dunia entah bila. Sedih. ;-(




Pada masa ini, sedang berlangsung separuh masa kedua perlawanan diantara pasukan England dan Italy di mana Italy mendahului dengan 2-1.



Mengimbau kembali world cup pada 2010, ramai yang hamba perhatikan rakan-rakan sepejabat tidak bermaya dan lesu bila datang bekerja. Malah ada juga rakan-rakan berkongsi pengalaman mereka 'mengular' di premis kerja. Adala port masing-masing kan. Yang terbaiknya, ada seorang rakan cikgu ni, landing baik punya di stor sukan. Cikgu sukan pulak tu. ishh...ishh..ishh..



Yang kuat iman sikit tu bolehla bertahan sampai ke tengah hari. Tapi, bila dengar kuliah Zohor, terus terlentok. Lagi best, pada hari Jumaat, ramai yang khusyuk dan tawadduk sangat bila mendengar khutbah. Ada yang terhangguk tersengguk sambil mata terpejam. Kesian sangat apabila tak dapat tumpukan sepenuhnya terhadap isi khutbah yang disampaikan.

Paling khusyuk mendengar Khutbah Jumaat

Selepas selesai Solat Jumaat

Yang sanggup ambil MC pun ada. Bukan apa, lama-lama bos kita pun boleh jadi fed up jika kita selalu tak segar bila di pejabat. Akhirnya, kerja merosot dan prestasi kita merundum hanya kerana kita hantu bola.

Kesian hamba tengok kawan-kawan yang jadi macam ni. Alhamdulillah, hamba berjaya untuk kekal dan cergas sepanjang berada di pejabat. 

Di sini hamba kongsikan tips untuk kawan-kawan, sahabat handai, saudara-mara dan pembaca semua :


1) Elakkan tonton setiap hari. Maka hamba akan pilih game yang hamba rasa best. Zombie pun boleh mabuk..hehehe... Tak pun tengok jer goal highlight.


2) Hamba atur balik jadual seharian. Setiap hari bukan hamba nak tengok bola jer, banyak lagi kerja dan perkara lain yang hamba nak buat. Rancang jadual tidur agar dapat tidur secukupnya.


3) Dah siap semua benda, maka hamba akan tidur awal. Contoh dalam jam 10pm ker. Setidaknya dapatla tidur dalam 5 jam.


4) Ambil supplement supaya segar sentiasa. Pilihla vitamin yang terbaik. Sehingga kini, hamba mengamalkan set-set vitamin Shaklee. Alhamdulillah, ianya memberikan kesan yang amat baik.


Pada kali ini hamba masih kekal mengamalkan pengambilan ESP + Vitalea + B Complex dan juga Ostematrix. Set ini hamba gelarkan SET WORLD CUP. Antara kebaikannya adalah :

ESP : Non-GMO Soy Protein. Ianya membekalkan tenaga dengan segera malah meningkatkan sistem imun. Jadi tentunya ia baik untuk hamba kekal bertenaga , mencegah insomnia, tekanan dan migrain.

Vitalea : Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Badan terasa lebih bertenaga. 

B Complex : Membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi dan yang bestnya dapat mengurangkan stress akibat kekurangan tidur.

Ostematrix : Bukan sekadar kalsium. Badan akan terasa lebih segar dan ringan semasa bangun pagi. 

Ingat bola, main bola, tido bola...dan elakkan makan bola? Makanlah Shaklee. ;-)







Di sini hamba sertakan jadual perlawanan Piala Dunia kali ini agar memudahkan kita merancang perlawanan yang best untuk kita tonton.





Tidak lupa peringatan buat diri hamba ini agar jangan ingat sebulan ni jer nak berjaga malam. Ada lagi satu FIFA WORLD CUP yang hamba perlu harungi selama sebulan juga.



FIFA Ramadhan pun akan menjengah tak lama lagi. Memang timing yang baik untuk terus berjaga malam kan. Misi mencari Lailatul Qadar.

Selamat menonton dan sentiasa berasa cergas dan bertenaga di tempat kerja ya.



Hubungi hamba untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.