Monday, June 9, 2014

Spicy Chicken Oglio Olio

 
 
 
Assalamualaikum W.B.T,

Pada kesempatan kali ini, ingin saya kongsikan satu lagi makanan yang cukup berkhasiat dan InsyaAllah sihat buat kita semua. Umum mengetahui, suami saya bukanlah pakar memasak. Tapi dia suka memasak. Jumpa jer resepi baru, dia pasti akan cuba dan modify ikut selera kami sekeluarga. Kadangkala, mengikut selera dia (pedas).

Dan sememangnya pada kali ini, oglio olio yang disajikan sepatutnya agak pedas. Tapi dia berjaya mengurangkan kepedasan yang pasti membuatkan rasa berapi di mulut.

Nak menyediakan oglio olio pada kali ini agak mudah. Disebabkan dia nak cepat, maka banyak bahan-bahan dimasukkan ke dalam blender. Macam biasa, ramuan WAJIB adalah bawang putih (garlic) dan minyak zaiton (olive oil).

Bahan - bahannya :
- Minyak Zaiton (4 sudu besar)
- Spaghetti
- Bawang Putih
- Ayam
- Chilli Flake


 
(Spaghetti dan minyak zaitun ni beli di kedai Arab, berhadapan dengan OTK Gombak)



(Semasa cincang, pastikan hanya ambil isi ayam sahaja. Kulit dan lemak 'tauk buang')


- Daun parsley
- Oregano
- Tomato
- Lada Benggala
- Cili 5 biji (kalau nak betul-betul berasap, ambil cili padi)
- Air 250ml
- Kiub ayam

Pertama sekalinya, rebuskan spaghetti anda dan campurkan sesudu minyak zaiton ke dalam rebusan spaghetti tadi untuk mengelakkannya melekat.

Kisar bawang putih, cili, 1/2 lada benggala, 1/2 tomato dan kiub ayam di dalam 250ml air.







Kisar dalam 1-2 minit sahaja. Sementara menunggu spaghetti siap, panaskan 2 sudu minyak zaiton dan goreng ayam yang siap dicincang tadi. Goreng tak perlu lama jika anda pakai pemanggang ajaib IKAN. Dalam 5 minit dah siap.



Selepas spaghetti siap direbus dan ditoskan. Panaskan 4 sudu besar minyak zaitun. Masukkan ayam dan spaghetti dan gaulkan sehingga sebati.




Selepas itu, besarkan api dan masukkan bahan kisar tadi. Gaulkan serata mungkin.




Bila nampak macam dah kering, barulah anda masukkan daun parsley, oregano, lada benggala dan tomato.

Dah siap.

Agak-agak berapa lama masa yang diambil untuk siapkan hidangan berkhasiat dan sihat ni? Terpulang kepada si pembuatla. Tapi pastikan ayam tak mentah. 


Untuk nampak lebih menarik dan kelihatan lembab, anda masukkan extra virgin olive oil. Boleh juga masukkan daun ??? (sila lihat gambar di bawah).

(cuba teka?)
 
 
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, menu ini amat bersesuaian. Suami saya dah pun berjaya turunkan berat badannya dari 98kg ke 72kg. Antara rahsianya, gantikan nasi dengan mee, spaghetti, roti dan lain-lain.
 
Di samping itu, dia juga mengamalkan pemakanan tambahan di mana dia akan kongsikan pada entri akan datang. Sekian.


Nukilan Balqis


Sila like dan share jika anda rasa entri ini bermanfaat.
 

No comments:

Post a Comment