Monday, June 23, 2014

MURTABAK RAJA...MURTABAK SEDAP DAN TERBAIK!!!!




ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEMUA...

Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya dengan kehadiran bulan yang mulia ni, ramai diantara kita sudah berkira-kira juadah apa yang perlu dimasak ketika sahur dan ketika waktu berbuka nanti. Tapi kebanyakan orang akan ke bazar-bazar Ramadhan di tempat masing-masing.

Pada entri kali ni, hamba nak mengarut perihal MURTABAK RAJA. Makanan yang tersohor di Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang...wahhhh...promote negeri sendiri nampak... :-)

Di awal kemunculan murtabak raja ni, harganya adalah di sekitar RM10-RM12. Namun sejak dua menjak ni, harganya melonjak naik dari RM15 - RM20. Kalau ianya disediakan di hotel, hamba rasa ianya mungkin mencecah RM25-RM30.

Apa yang specialnya murtabak raja ni? Yang ramai orang tahu ianya cukup tebal. Bagi orang macam hamba ni, bolehla habiskan 1/4 jer. Kalau betul-betul nak mengketekedarah, hamba boleh habiskan 1/2 murtabak raja ni.

Dipendekkkan cerita, kalau hamba makan murtabak biasa yang dijual di pasar-pasar malam ataupun bazar Ramadhan nanti, hamba boleh habiskam 2-3 keping. Kalau nak mengketekedarahla.

Yang terbaiknya, murtabak raja ni mengandungi 3 LAPISAN di mana lapisan pertama adalah inti (ayam/daging) yang memang banyak. Lapisan kedua dan ketiga adalah telur. So, ianya memang tebal dan amat puas hati.





Tanpa berceloteh panjang, hamba dengan gembiranya ingin mengongsikan RESEPI MURTABAK RAJA.
Bahan-bahannya adalah :

BAHAN KULIT:
·         1kg tepung gandum
·         2 biji telur
·         ½ sudu teh garam
·         750ml air
·         125ml minyak masak


BAHAN INTI:
·         1kg daging lembu/daging ayam | dihiris
·         2kg bawang besar | dihiris halus
·         2 bawang putih | dihiris halus
·         3cm halia | dihiris halus
·         100gm kerutub adabi
·         6 biji telur
·         Garam secukup rasa
·         Minyak masak untuk menumis secukupnya
·         Minyak sapi secukupnya

BAHAN PENCICAH:
·         1 jag air 
·         garam secukup rasa
·         gula secukup rasa
·         cuka makan secukup rasa (5-8 titik)
·         bawang besar dipotong gelang
·         cili merah


CARA MEMASAKNYA:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.

3. Selepas itu masukkan kerutub adabi. Kacau sehingga kering.

4. Kemudian masukkan isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

5. Untuk membuat kulitnya, gaul tepung gandum, telur, minyak dan air yang dituang sedikit-sedikit sehingga sebati.

6. Uli sehingga menjadi doh. Bentuk bulat-bulat seberat 60gm. Salut dengan minyak sapi. Biarkan seketika.

7. Selepas itu bentuk doh tersebut dan tebar macam roti canai.

8. Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan letakkan kulit martabak tersebut. Letakkan dua biji telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat.

9. Selepas itu di atas lapisan seterusnya, letakkan telur di atasnya dan letakkan inti. Lipat lagi. Lakukan sehingga tiga lapisan.

10. Selepas itu balik-balikkan dan bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat.

11. Sedia dihidangkan.

Bagi menyediakan pencicah atau acar pula, hanya perlu didihkan satu jug air. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam, cuka secukup rasa. 


Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul hingga rata. 



Senang jer kan. Anda bolehla mencubanya. Kalau dah mahir, bolehla cuba buka gerai murtabak raja nanti.

Bagi yang dah buat berkali-kali tapi tak jadi-jadi jugak. Jangan khawatir kerana anda masih boleh dapatkan Murtabak Raja yang sedap dan terbaeekk ni dengan hamba. 

Hamba dah siapkan dalam bentuk frozen food. Hanya perlu defroskan  selama 2-3 jam dan bakar dalam oven, microwave mahupun di atas kuali. Pencicah hamba bagi PERCUMA.

Yang bestnya lagi, penghantaran PERCUMA di sekitar Gombak, Selayang, Kepong, Sentul dan di sekitar office company hamba di Jalan Tun Razak.















Sila hubungi hamba di nombor talian seperti yang tertera di bawah :


Masa penghantaran :
Sabtu : 12pm-5pm
Ahad :  8am-5pm
Isnin - Selasa : 8pm-10pm

Disekitar office company hamba di jalan Tun Razak, penghantaran akan dilakukan 
pada jam 12.00pm - 1.00pm.

Bagi yang tinggal di Kuantan dan disekitarnya, bolehla hubungi adik hamba Nik Mohd Haikal di talian berikut :
+6 01 99 81 51 39

Note : 
- Jika pakai freezer aiskrim, defros mungkin lebih dari 3 jam.
- Tahan selama 2 hari diluar freezer.


Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.

BOSS, SAYA NAK TUKAR 'DEPARTMENT'...



ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBACA SEKALIAN...

6 Mei 2014, genap setahun hamba bertukar jabatan. Diakui cukup sukar untuk hamba meminta ditukarkan jabatan. Bermacam-macam rintangan yang terpaksa hamba lalui hanya kerna inginkan sesuatu yang terbaik buat diri dan kerjaya. Syukur Alhamdulillah kerna Allah memakbulkan doa hamba-Nya.

Selama setahun ini, ramai juga dikalangan teman sejabatan mencuba nasib untuk bertukar ke jabatan lain. Namun hasilnya amat mengecewakan. Sampai ada yang menyerahkan surat perletakan jawatan. Mungkin rezeki mereka bukan disitu. Ianya tertulis di tempat lain.

Ingin hamba kongsikan di sini apa yang hamba lakukan sehingga berjaya melakukannya walaupun pada mulanya nampak mustahil.

Langkah pertama - Setiap tahun, pihak syarikat akan mengadakan 'appraisal'. Seperti biasa kami akan isikan KPI dan objektif untuk tahun tersebut dan tahun akan datang.




Dalam pada itu, hamba tidak lupa juga isi di bahagian pembangunan dan kerjaya di masa depan. Di situ, hamba isikan jabatan dan bidang yang hamba ingin ceburi dan terokai.

Langkah kedua - Semasa di akhir sujud solat 5 waktu, berdoalah dan mintalah kepada Allah perkenankan hajat kita. Jika solat berjemaah, pastikan tidak sujud terlalu lama.






Langkah ketiga - Dirikan solat sunat Istikharah sebelum masuk tidur pada setiap malam. Minta Allah tunjukkan jalan dan cara terbaik buat kita.



Langkah keempat - Lakukan solat sunat Taubat semampu mungkin. Kalau boleh lakukan pada setiap malam. Diikuti pula dengan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Hajat.





Nampak sukar untuk dilaksanakan. Tapi percayalah keajaiban solat sunat Taubat dan Tahajjud. Pada masa itu mintalah bersungguh-sungguh di hadapan-Nya. 

Langkah kelima - Bersedekah. Sedekahkanlah harta yang kita ada walaupun RM1 sehari. Berikanlah seikhlas hati sambil berdoa, 'Ya Allah, Permudahkanlah bagiku dalam urusan bla...bla...bla...dan Engkau cukupkanlah rezekiku'.



Kalau ada orang meminta sedekah dan anda curiga terhadap peminta sedekah tersebut (tak tau samada dia betul-betul susah atau sebaliknya), maka hamba sarankan bagi jer sedekah anda kat dia. 

Kalau dia menipu sekalipun, ianya urusan dia dengan Allah.
Sekurang-kurangnya, urusan kita dengan Allah dianggap selesai.

Langkah keenam - Perbanyakkan istighfar. Sekurang-kurangnya 100x sehari. Ianya akan dapat melapangkan kesempitan, memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka, membersihkan hati, bertambah kesejahteraan  dan lain-lain lagi.


Langkah ketujuh - Dirikan solat Dhuha. Cantik lagi bila buat 4 rakaat. Bila selesai, bacalah doa seperti yang tertera di bawah.


Langkah kelapan - semasa berjumpa dengan boss untuk membincangkan hal ini, susun fakta-fakta yang perlu dikemukakan nanti. 

Bayangkan kita berada di depan boss, istighfar, baca selawat 10x, surah Al-Fatihah 1x, surah Al-Ikhlas 3x. 

Bacalah doa agar diberi kelancaran dan dipermudahkan semasa proses face to face dengan boss nanti.

Langkah kesembilan - Masuk ke bilik boss dengan tenang. Bayangkan proses yang bakal dilalui nanti berada dalam keadaan baik. 



Senyum dan mulakan.

Semoga berjaya ;-)


Thanks for reading...









Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Wednesday, June 11, 2014

TIPS MENGATASI MASALAH MENGANTUK DI TEMPAT KERJA SEMASA WORLD CUP





WORLD CUP, NGANTUKNYA......


ASSALAMUALAIKUM W.B.T,



World Cup datang lagi pada tahun ini. 13 June 2014, telah bermulanya pertembungan antara tuan rumah Brasil menentang Croatia. Minta maaf kepada 'kipas susah mati' Brasil, hamba tetap akan menyokong kepada lawan pasukan Brasil. Seperti edisi sebelumnya, hamba masih lagi menyokong pasukan Argentina dan Germany. Nak sokong pasukan 'Harimau Malaya' di Piala Dunia entah bila. Sedih. ;-(




Pada masa ini, sedang berlangsung separuh masa kedua perlawanan diantara pasukan England dan Italy di mana Italy mendahului dengan 2-1.



Mengimbau kembali world cup pada 2010, ramai yang hamba perhatikan rakan-rakan sepejabat tidak bermaya dan lesu bila datang bekerja. Malah ada juga rakan-rakan berkongsi pengalaman mereka 'mengular' di premis kerja. Adala port masing-masing kan. Yang terbaiknya, ada seorang rakan cikgu ni, landing baik punya di stor sukan. Cikgu sukan pulak tu. ishh...ishh..ishh..



Yang kuat iman sikit tu bolehla bertahan sampai ke tengah hari. Tapi, bila dengar kuliah Zohor, terus terlentok. Lagi best, pada hari Jumaat, ramai yang khusyuk dan tawadduk sangat bila mendengar khutbah. Ada yang terhangguk tersengguk sambil mata terpejam. Kesian sangat apabila tak dapat tumpukan sepenuhnya terhadap isi khutbah yang disampaikan.

Paling khusyuk mendengar Khutbah Jumaat

Selepas selesai Solat Jumaat

Yang sanggup ambil MC pun ada. Bukan apa, lama-lama bos kita pun boleh jadi fed up jika kita selalu tak segar bila di pejabat. Akhirnya, kerja merosot dan prestasi kita merundum hanya kerana kita hantu bola.

Kesian hamba tengok kawan-kawan yang jadi macam ni. Alhamdulillah, hamba berjaya untuk kekal dan cergas sepanjang berada di pejabat. 

Di sini hamba kongsikan tips untuk kawan-kawan, sahabat handai, saudara-mara dan pembaca semua :


1) Elakkan tonton setiap hari. Maka hamba akan pilih game yang hamba rasa best. Zombie pun boleh mabuk..hehehe... Tak pun tengok jer goal highlight.


2) Hamba atur balik jadual seharian. Setiap hari bukan hamba nak tengok bola jer, banyak lagi kerja dan perkara lain yang hamba nak buat. Rancang jadual tidur agar dapat tidur secukupnya.


3) Dah siap semua benda, maka hamba akan tidur awal. Contoh dalam jam 10pm ker. Setidaknya dapatla tidur dalam 5 jam.


4) Ambil supplement supaya segar sentiasa. Pilihla vitamin yang terbaik. Sehingga kini, hamba mengamalkan set-set vitamin Shaklee. Alhamdulillah, ianya memberikan kesan yang amat baik.


Pada kali ini hamba masih kekal mengamalkan pengambilan ESP + Vitalea + B Complex dan juga Ostematrix. Set ini hamba gelarkan SET WORLD CUP. Antara kebaikannya adalah :

ESP : Non-GMO Soy Protein. Ianya membekalkan tenaga dengan segera malah meningkatkan sistem imun. Jadi tentunya ia baik untuk hamba kekal bertenaga , mencegah insomnia, tekanan dan migrain.

Vitalea : Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Badan terasa lebih bertenaga. 

B Complex : Membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi dan yang bestnya dapat mengurangkan stress akibat kekurangan tidur.

Ostematrix : Bukan sekadar kalsium. Badan akan terasa lebih segar dan ringan semasa bangun pagi. 

Ingat bola, main bola, tido bola...dan elakkan makan bola? Makanlah Shaklee. ;-)







Di sini hamba sertakan jadual perlawanan Piala Dunia kali ini agar memudahkan kita merancang perlawanan yang best untuk kita tonton.





Tidak lupa peringatan buat diri hamba ini agar jangan ingat sebulan ni jer nak berjaga malam. Ada lagi satu FIFA WORLD CUP yang hamba perlu harungi selama sebulan juga.



FIFA Ramadhan pun akan menjengah tak lama lagi. Memang timing yang baik untuk terus berjaga malam kan. Misi mencari Lailatul Qadar.

Selamat menonton dan sentiasa berasa cergas dan bertenaga di tempat kerja ya.



Hubungi hamba untuk keterangan lanjut.

Thanks for reading...


KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.









Sila LIKE jika entri ini bermanfaat buat anda.

Tuesday, June 10, 2014

TIPS SLIM DENGAN MUDAH?



Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera pembaca yang dihormati sekelian.


Pada zaman moden ini, telah ramai yang kita lihat di kalangan kita yang mengalami obesiti. Tak perlu nak lihat jauh, semuanya ada di persekitaran kita. 

Samada di kampung, di bandar, di taman-taman perumahan, di pusat pengajian tinggi malah di bangku sekolah pun dapat dilihat obesitor ni. Kenapa?

Sebelum hamba kemukakan jawapan, kita perlu tahu APA ITU OBESITI?

Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Umum mengetahui terdapat empat punca obesiti iaitu :
1. Genetik / keturunan.
2. Pemakanan (makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi)
3. Kurang aktiviti atau senaman 
4. Pengambilan ubat-ubatan.

Di negara kita, 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun samada mengalami kegemukan atau berat badan yang berlebihan. Mengikut statistik, obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006. Malah, kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.


Hamba sendiri pernah mengalami obesiti pada sekitar tahun 2006 hingga 2012. Bila memikirkan balik pada masa tu, hamba amat bersyukur dengan keadaan hamba sekarang. Tak ingin hamba kembali pada zaman 'chubby' tu lagi.

Mengapa hamba perlu turunkan berat?

Pada tahun 2010, hamba telah mengalami kecederaan lutut (ACL) ketika bermain dalam satu pertandingan futsal. Jika diteliti, hamba bermain pada kali ini dengan membawa beban tanpa muatan sebanyak 98kg. Sudahlah amat memenatkan sebab lama tidak mengeluarkan peluh, injured pulak tu. 

Dan tidak disangka, lutut hamba kena melalui satu pembedahan yang dinamakan ACL reconstruction. Bahasa mudahnya penggantian tisu yang rosak. Untuk keterangan lebih lanjut, layari jer google.

Inilah hasilnya akibat berat badan yang tidak dapat ditampung oleh lutut. Beringat sebelum kena. Bila dah kena macam ni, memang tobat tak nak main futsal lagi.

Atas nasihat doktor, hamba disarankan menurunkan berat badan dengan seberapa segera. Jadi hamba berazam untuk turun semaksimum mungkin. Nak tau macam mana? 

Di sini hamba kongsikan TIPS MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN yang telah hamba lalui :

1) Hamba jadikan peserta-peserta THE BIGGEST LOSER sebagai mentor. Jadi apa yang mereka buat, hamba ikut sekadar mampu. (Hamba sakit lutut, memang tak boleh nak workout  lebih-lebih)


Patrick House - Pemenang The Biggest Loser musim ke-10


2) Setkan target berapa yang nak diturunkan. Kalau boleh buat satu jadual dan pecahkan mengikut bulan. Nak lebih detail pecahkan mengikut minggu. Target juga perlu realistik. 

Disediakan oleh Faiz Rahman. Ini untuk penurunan berat badan kali kedua hamba secara serius.




3) Beli baju idaman dengan saiz idaman. Sekarang hamba pakai saiz 'L'. Seperti jangkamasa yang telah ditetapkan seperti jadual di atas, hamba perlu beli baju idaman dengan saiz yang lebih kecil. Ingat, ianya perlu realistik. Kalau macam sekarang ni, hamba akan beli saiz 'M' untuk hamba pakai di pagi raya nanti.




4) Elakkan skip makan. Hamba cuba amalkan makan 5 kali sehari dalam kuantiti yang kurang sedikit daripada biasa. Seawal 5 pagi hamba akan ambil sarapan. Diikuti pada jam 8-9 pagi. Makan tengah hari seperti biasa jam 12 (menu nasi 1/4 + protein 1/4 + sayur 1/2). Sebelah petang makan snack dalam pukul 3.Sebolehnya, hamba elakkan makan goreng pisang, cengkodok pisang dan makanan berminyak. Pisang tu sendiri dah membekalkan kalori yang tinggi, inikan pula bila dah digoreng. Dan akhir sekali hamba akan habiskan makan malam sebelum jam 7 malam.




5) Minum banyak air kosong dalam sehari. Kira-kiranya macam ni la. Berat 25kg = 1liter air. Hamba pernah minum 4 liter air sebelum ni.
Ianya dapat membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik di samping menyingkirkan lemak semasa pembuangan air kecil.
Kurangkan minuman bergula. Kalau boleh air berkarbonat tinggalkan terus.





6) Workout. Pada masa mula-mula nak turunkan berat, hamba banyak melakukan cardio di gym. Besi-besi ni hamba tak main lagi. Hamba juga mengamalkan mandi wap dan sauna selepas workout.
Bagi projek yang terkini, hamba akan menumpukan ke atas pembinaan lean muscle



Secara mudahnya hamba lakukan warming up dengan cardio 10-15 minit. Angkat besi dalam 50-60 minit dan diakhiri dengan cardio (cool down) dalam 30-40 minit. Carilah teman sparring anda. Lakukan bergilir-gilir bagi setiap peralatan di gym.

Buat masa permulaan ini, kami lakuan 3-5 set bagi setiap peralatan. 1 set kami lakukan sebanyak 13 kali.

7) Istiqamah. Buat apa-apa benda pun, bila dilakukan dengan berdisiplin dan istiqamah, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Kita sebagai umat Islam, digalakkan meminta kepada Allah agar dikurniakan kesihatan tubuh badan, agar diri ini cergas dan istiqamah dalam melakukan program ini.


8) Amalkan pemakanan tambahan. Ianya perlu dalam penurunan berat badan secara sihat. Di samping menurunkan berat secara optimum, dapat juga mengekalkan atau menukarkan lemak menjadi otot. Untuk itu, hamba mengamalkan 'SET SLIMMING SHAKLEE'.



Hamba tak boleh nak katakan mudah untuk menurunkan berat badan. Sebab hamba terpaksa bertarung dengan kesakitan lutut ketika melakukan program ni. Alhamdulillah, berkat dorongan dan doa keluarga dan rakan-rakan, hamba akan meneruskan program ini sehingga berjaya.

Diharapkan, perkongsian hamba pada kali ini memberi manfaat dan dorongan kepada semua pembaca. Hamba mohon doa dari pembaca semua agar hamba dan rakan-rakan berjaya mengharungi cabaran ini. Pembaca juga boleh menghubungi hamba jika hendak mengikuti cabaran ini. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan saling bermotivasi di dalam Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-lain lagi.

Di sini, hamba sertakan gambar-gambar lama dan baru untuk tatapan semua. InsyaAllah sedikit sebanyak memberi manfaat.


 Di hari pernikahan adik pada tahun 2010. Hamba berdiri no.2 dari kanan.


Phuket 2010. Hamba berdiri no.2 dari kanan.


Di office tahun 2012


Final Piala Malaysia ATM vs KELANTAN 2012. Hamba berdiri di tengah sambil memegang "KELANTAN...GOMO KELATE GOMO"



Pulau Redang 2013. Hamba diapit oleh 2 Hero Malaya.



Ziarah bapa saudara sebelum menunaikan Haji 2013. Hamba berada 2 dari kiri.


Ramai rakan-rakan hamba bertanya cara pengambilan SET KURUS SHAKLEE yang hamba makan ni.  Jadi di sini hamba kongsikan apa yang hamba ambil dan cara-cara pemakanannya :


Bagi 3 hari pertama berturut-turut hamba makan HERB-LAX sebelum masuk tidur. Ianya bertujuan untuk pembersihan usus bagi tindakan pembersihan yang lembut untuk membantu proses semulajadi dalam badan. Dengan ini, ianya akan memberikan kesan yang efisyen dalam penyerapan vitamin atau nutrisi dalam badan.

Bagi yang mengamalkan pemakanan 5 kali sehari seperti hamba maka seawal jam 5 pagi, hamba akan minum air kosong sebelum masuk apa-apa makanan atau nutrisi ke dalam badan. Selepas itu, hamba akan bancuh CINCH 1 sudu besar + ESP 1 sudu besar + Milo 1 sudu besar ke dalam segelas air kosong suhu biasa dan minum. 

Elakkan dibancuh dengan Kopi dan Teh dan juga air panas. Ianya akan merosakkan kandungan protein. CINCH dan ESP memberi tenaga segera dan berterusan sehingga tengah hari. 

Sebelum sarapan pagi (jam 8-9 pagi), hamba akan ambil 2 biji LECITHIN dan juga 3 biji ALFAFA.

Fungsi LECITHIN -  ianya bertindak sebagai 'pemecah lemak' dan mencairkan kolestrol. Ia juga membuang lemak-lemak yang tersendat di pembuluh darah

Manakala fungsi ALFAFA - ianya bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat di samping bertindak sebagai pembersih darah.

Jika mengikut routine, hamba akan makan sandwich tuna/sandwich telur/sajian kurang berminyak dan berlemak. 

Pada waktu tengah hari, hamba akan ambil 2 biji LECITHIN sebelum makan. Menu makanan tengah hari biasanya 1/4 nasi + 1/4 protein + 1/2 sayuran. Tapi mengikut sunnah Rasulullah, hamba akan akan secubit garam dan minum segelas air kosong dan makan buah-buahan sebelum makan tengah hari. 

Selesai makan, hamba akan ambil 4 biji ALFAFA dan 1 biji OMEGA GUARD.

OMEGA GUARD berfungsi menghalang pembentukan lemak di badan dan pemendapan lemak pada dinding jantung. Secara tak langsung, ianya dapat memelihara jantung.

Pada jam 3-4 petang pula hamba akan mengambil snack ringan atau kekacang.

Makan malam hamba akan cuba habiskan sebelum jam 7 malam. Seperti biasa, hamba akan makan 2 biji LECITHIN sebelum makan malam. Selesai makan malam hamba ambil 3 biji ALFAFA dan 1 biji OMEGA GUARD.

Note : 
- Elakkan skip makan. Skip makan hanya membuatkan anda terasa letih dan cepat lapar. 
- Protein amat diperlukan untuk membakar lemak di dalam badan. Tanpa protein akibat dari skip makan tadi, badan tidak akan dapat membakar lemak.
- Elakkan minum kopi atau teh 2 jam sebelum dan selepas pengambilan pemakanan tambahan Shaklee. 
- Amalkan pengambilan HERB-LAX 3 kali seminggu. 2 biji sebelum masuk tidur.


Thanks for reading...


Hubungi hamba untuk keterangan lanjut berkaitan SHAKLEE.

KONSULTANSI PERCUMA
HARGA BERPATUTAN dan
PELUANG PERNIAGAN BERSAMA SHAKLEE.






Sila LIKE atau SHARE jika entri ini bermanfaat buat anda.